KUALA LUMPUR:Berbanding masyarakat di negara lain, rakyat Malaysia hampir sebulat suara percaya bahawa suntikan vaksin untuk penyakit berjangkit harus diwajibkan kepada semua orang, mengikut satu tinjauan.
Menurut IPSOS, sebuah syarikat penyelidikan pasaran, 86 peratus rakyat Malaysia yang terlibat dalam tinjauan itu sangat bersetuju bahawa vaksinasi terhadap penyakit berjangkit yang serius harus diwajibkan, sementara rakyat Rusia mencatatkan hanya 44 peratus, Amerika Syarikat (50 peratus), Jepun (52 peratus) dan skor global (64 peratus).
Tinjauan berkenaan melibatkan 20,009 responden di 22 buah negara dijalankan antara 25 Sept dan 9 Okt lalu melalui sistem panel dalam talian syarikat itu.
Pengurus Kanan Hal Ehwal Awam IPSOS Malaysia Lars Erik Lie, dalam satu kenyataan hari ini, berkata pandemik COVID-19 telah menjadi ujian yang berat bagi sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia dan sistem penjagaan kesihatan di Malaysia adalah jauh lebih baik daripada negara-negara lain.
Tinjauan itu juga mendapati bahawa rakyat Malaysia kini lebih mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan berbanding dua tahun lalu kerana tiga daripada empat rakyat Malaysia percaya bahawa sistem penjagaan kesihatan di negara ini dapat memberikan mereka rawatan terbaik.
Sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia yang terlibat dalam tinjauan itu berkata mereka percaya sistem penjagaan kesihatan mampu memberi rawatan terbaik berbanding hanya 63 peratus pada 2018.
Di seluruh dunia hanya separuh daripada orang beranggapan bahawa sistem penjagaan kesihatan negara mereka adalah baik, sementara rakyat Malaysia mempunyai pendapat yang lebih tinggi mengenai penjagaan kesihatan di negara ini, yang disokong oleh kepercayaan majoriti bahawa standard tinggi disediakan secara sama rata untuk semua orang, menurut tinjauan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 10 2020
Tinjauan berkenaan melibatkan 20,009 responden di 22 buah negara dijalankan antara 25 Sept dan 9 Okt lalu melalui sistem panel dalam talian syarikat itu. - Gambar hiasan
MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat.
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.
Jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Puluhan penumpang Malaysia Airlines yang menuju ke Kuala Lumpur dari Jeddah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada Rabu.
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Kementerian Luar pantau perkembangan gempa bumi di Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas
Kementerian Luar mengesahkan bahawa menurut laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi berukuran 4.8 magnitud yang melanda berhampiran Hama, Syria pada Isnin malam.
Rakyat Malaysia di Kursk, Rusia dinasihat berwaspada di tengah konflik yang memuncak
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa mereka sedang memantau dengan teliti perkembangan di wilayah itu.
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus terlibat kemalangan di pusingan akhir keirin
Biarpun terjatuh, beliau bangkit dan menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 3.348 minit di belakang pemenang Harrie Lavreysen dari Belanda.
Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan oleh gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter pada Khamis.
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas gempa bumi di selatan California disaran berwaspada
Mereka disarankan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam protes di UK
Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam protes yang sedang berlangsung di United Kingdom (UK), kata Kementerian Luar.
Protes antipendatang merebak ke barat daya England
Protes antipendatang dilaporkan merebak ke Plymouth di barat daya England pada Isnin.
Taufan Tropika Debby : Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat berwaspada
Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang memantau dengan teliti pergerakan Taufan Tropika Debby.
Serangan berbalas tembakan di Selatan Lubnan tidak jejaskan rakyat Malaysia - Wisma Putra
KLN beri amaran rakyat Malaysia harus mengambil langkah-langkah yang berjaga untuk mengelak sebarang kemudaratan.
Rakyat Malaysia di UK diminta jauhkan diri dari kawasan protes
Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom (UK) dinasihatkan untuk menjauhi kawasan protes.