Di mana jua rakyat Malaysia berada, semarak semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara tetap membara.
Meskipun tidak berada di tanah air untuk bersama-sama meraikan kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara bertema 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku', rakyat Malaysia yang menetap di luar negara sama ada belajar atau bekerja semarak semangat patriotisme tetap dirasai dan dizahirkan menerusi pelbagai acara sebagai pengisian program.
Seorang rakyat Malaysia yang sedang berkhidmat di Melbourne, Australia Dr Mohd Ihsanuddin Abas, 29, berkata walaupun sambutan kemerdekaan disambut secara sederhana namun insiatif yang dilakukan membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.
"Saya di sini aktif bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Australia dan sempena dengan kemerdekaan kali ini kami menganjurkan program Kemerdekaan bertajuk 'Bicara Siswa: Survival Islam di Malaysia' pada 31 Ogos.
"Ia bertujuan mewujudkan kesedaran kedudukan Islam di Malaysia setelah mencapai kemerdekaan dan kepentingannya yang perlu dipertahankan oleh generasi muda hari ini," katanya kepada Bernama melalui temu bual di Internet.
Selain itu, terdapat juga acara lain seperti pertandingan sastera, video dan poster mengenai kemerdekaan.
MEMBENTUK JADI DIRI ANAK MALAYSIA
Dr Mohd Ihsanuddin yang merupakan pengerusi ISMA (Australia) berkata pembentukan jati diri generasi muda perlu diberi penekanan menerusi tradisi, budaya dan agama serta nilai-nilai ketimuran dalam menerajui kepimpinan negara ke arah masa hadapan yang cemerlang.
"Setiap rakyat Malaysia perlu bersedia dan bersifat terbuka di atas perbezaan dan belajar untuk mengenali antara satu sama lain kerana di atas persamaan kita boleh membina kekuatan dan di atas perbezaan kita berusaha membina harapan.
"Asasnya, adalah masing-masing perlu berpegang kepada sejarah negara dan Perlembagaan negara malah saling hormat-menghormati antara satu sama lain," katanya yang telah bekerja selama empat tahun di Australia.
Bak kata pepatah 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri', begitulah bagi mereka yang menetap di luar negara. Meskipun dapat mengecapi segala kemewahan kerana kemajuan dan kepesatan negara orang, kenangan terindah meraikan perayaan kemerdekaan tentunya lebih dirasai di negara sendiri.
Walaupun acara sambutan tidak sehebat seperti di Malaysia, aktiviti yang diadakan dilihat lebih santai tetapi penuh bermakna.
Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun, Mohammad Farhan Mohd Fauzi, 21, berkata yang penting semangat untuk meraikan hari bersejarah negara terus disemarakkan bagi memperingati jasa pahlawan negara.
"Saya amat bersyukur dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Justeru, kami akan berkaraoke lagu-lagu patriotik beramai-ramai di rumah. Walaupun kedengaran agak kelakar tetapi ini salah satu cara untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan di negara orang," katanya.
HARGAI PENGORBANAN PAHLAWAN NEGARA
Sambil mendefinisikan merdeka bermaksud 'bebas', pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Tokai itu berkata generasi muda hari ini perlu menghargai pengorbanan serta perjuangan tokoh pahlawan negara terdahulu.
Rakyat Malaysia katanya mestilah juga bebas dalam erti kata sebenar iaitu mempunyai nilai dan sikap acuan tersendiri, tanpa terpengaruh dengan anasir asing.
"Saya berharap agar rakyat Malaysia dapat mencontohi rakyat Jepun yang mementingkan kebersihan dan menjaga tingkah laku sopan," kata pemuda berasal dari Gombak, Selangor.
Bagi seorang jurutera projek dari The Hague, Netherland Syed Muslim Syed Kamaruddin, 30, berkata ini merupakan pengalaman pertama menyambut hari kemerdekaan di negara orang namun perasaannya teruja melihat sendiri sambutan berkenaan.
"Saya dijemput untuk menghadiri majlis sambutan kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak kedutaaan pada 10 Sept ini di Kedutaan Malaysia, kebiasaanya program kemerdekaan lebih kepada ucapan duta, nyanyian lagu Negaraku dan jamuan makan," katanya.
Syed Muslim berkata adalah menjadi tugas dan tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memastikan keharmonian dan kemakmuran negara sentiasa dipelihara bagi memastikan Malaysia terus membangun.
"Walaupun saya bekerja di luar negara, saya berasa bangga dengan Malaysia kerana setiap kali orang tahu saya dari Malaysia, mereka akan berkata Malaysia adalah sebuah negara yang baik, mengapa anda datang ke sini?", katanya.
Seperti juga rakyat Malaysia yang lain, harapan Syed Muslim ialah Malaysia akan terus mencapai kemajuan setanding dengan negara-negara maju.
MERDEKA!
Bernama
Sat Aug 31 2013


Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anifah: Keamanan dikecapi Malaysia selama 56 tahun perlu dipertahan
Keamanan dikecapi Malaysia selama 56 tahun perlu dihargai dan dikekalkan oleh rakyat negara ini.

Semangat patriotisme tinggi semarak sambutan kemerdekaan negara ke 56
Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 di Dataran Merdeka hari ini diadakan dengan penuh kemeriahan.

Rakyat Malaysia di luar negara rai Hari Kemerdekaan
Di mana jua rakyat Malaysia berada, semarak semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara tetap membara.