Rakyat Malaysia berada di kedudukan keempat dalam kaji selidik global mengenai persetujuan orang awam terhadap langkah yang diambil oleh kerajaan mereka dalam menangani pandemik COVID-19, mengatasi Singapura dan Indonesia yang masing-masing berada di kedudukan ketujuh.
Ketua Pegawai Eksekutif agensi hartanah IQI Global Group Kashif Ansari berkata tidak menghairankan rakyat Malaysia merasakan negara mereka telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani COVID-19 kerana Malaysia sentiasa memiliki kemudahan perubatan bertaraf dunia dan kerajaan telah mengambil langkah yang tegas namun berempati untuk melindungi rakyatnya.
"Mereka (kerajaan) mendahulukan kesihatan dan kesejahteraan rakyat berbanding keuntungan ekonomi jangka pendek.
"Hasilnya, Malaysia berjaya mengawal penularan jangkitan itu dan kemungkinan besar akan dapat menarik balik sekatan pergerakan lebih awal daripada kebanyakan negara lain," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, apabila pembeli hartanah dari China dan negara-negara Asia Lain membuat penilaian mereka melihat Amerika Syarikat dan United Kingdom masih berdepan kesukaran untuk menangani krisis COVID-19.
Kashif berkata dalam kaji selidik itu Malaysia berada di kedudukan keempat dengan skor indeks 58 di belakang Emiriah Arab Bersatu dan India yang berada di tempat ketiga dengan skor 59.
Vietnam berada di tempat kedua dengan skor 77 dan China (85) menerajui senarai dengan kebanyakan rakyatnya memberikan skor yang tinggi dalam semua empat petunjuk utama: kepimpinan politik nasional, kepimpinan korporat, komuniti dan media.
New Zealand (56) merupakan satu-satunya negara Barat dengan skor indeks yang tinggi berbanding purata global pada 45 - menunjukkan rakyat di negara-negara Barat secara umumnya kurang berpuas hati dengan prestasi negara mereka menangani pandemik tersebut.
Beliau berkata kaji selidik itu dijalankan secara bersama dengan agensi penyelidikan sosial utama Singapura Blackbox Research dan pakar panel dalam talian antarabangsa Toluna antara 3-19 April, 2020, merangkumi lebih daripada 12,000 responden berusia antara 18 hingga 80 di 23 negara.
Selain itu, katanya, di rantau Asia Tenggara, dengan ekonomi yang pelbagai, peluang pendidikan baik, prasarana perubatan yang cemerlang dan tindak balas sangat memberangsangkan terhadap pandemik akan menjadikan Malaysia lebih popular dalam kalangan pembeli asing pada separuh kedua 2020 berbanding 2019.
"Pembeli hartanah dari tanah besar China dan Hong Kong merupakan kumpulan pembeli asing terbesar di Malaysia, Kami juga menjangkakan peningkatan pembeli dari Singapura, Indonesia dan Jepun tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 08 2020

Menurut Kashif, dalam menangani COVID-19, kerajaan mendahulukan kesihatan dan kesejahteraan rakyat berbanding keuntungan ekonomi jangka pendek. - Gambar hiasan
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.