Di laman Facebook "Malaysia-Singapore Border Crossings" yang mempunyai lebih 20,000 ahli, kini mula kedengaran suara rayuan yang memohon kepada pihak berkuasa agar kalangan mereka yang terlibat dalam 'perkhidmatan penting' dibenarkan berulang-alik antara kedua-dua negara itu.
Medium sosial yang diwujudkan pada 2017 itu pada mulanya menjadi platform untuk mereka berkongsi maklumat terkini mengenai keadaan trafik di Tambak Johor and Linkedua yang sering sesak, namun selepas pintu sempadan ditutup dalam usaha memerangi pandemik COVID-19, ia kini menjadi tempat untuk mereka berkongsi maklumat terkini berkaitan COVID-19 di kedua-dua negara.
Seorang daripada ahli, Muhammad Fazry, menyuarakan harapan agar pekerja yang terlibat dalam 'perkhidmatan penting' turut diberi kelonggaran untuk berulang alik ke Singapura, sama seperti yang diberikan kepada pemandu lori yang membawa bekalan barangan ke republik itu.
"Tan Sri (Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin), saya mohon rakyat Malaysia yang bekerja dalam 'essential service' di Singapura dibenarkan berulang-alik menggunakan 'pas khas' dan aplikasi kod QR," rayu beliau yang dipetik daripada laman Facebook itu.
"Mohon Tan Sri bagi kelonggaran untuk kami (bersama rakan yang lain) ulang alik setiap hari. Kami menunggang motosikal, jadi exposure terhadap jangkitan COVID-19 sangat sedikit berbanding kenderaan awam. Kami juga punya keluarga dan saya sendiri mempunyai anak kecil," rayunya.
Beliau juga cuba menjelaskan situasi terkini di republik ini di mana majoriti kes datangnya daripada pekerja asing di asrama yang rata-rata sedang dikuarantin, dan transmisi di kalangan komuniti pula adalah kurang dari 10 kes hampir setiap hari.
"Jadi keadaan di Singapura sangat terkawal," katanya.
Berdasarkan pengamatan, rayuannya beliau dilihat turut mendapat perhatian ahli-ahli yang lain terutama di kalangan wanita hamil yang pasangan mereka masih berada di Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020
Ada yang memohon agar rakyat Malaysia yang bekerja dalam 'essential service' di Singapura dibenarkan berulang-alik menggunakan 'pas khas' dan aplikasi kod QR. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.