SINGAPURA: Rakyat Malaysia berumur 38 tahun yang terselamat dari hukuman gantung pada 13 Okt 2020 selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya dari pertuduhan berat berkaitan dadah, akhirnya melangkah keluar dari tahanan sebagai lelaki yang bebas.
Akhbar Straits Times melaporkan bahawa Beh Chew Boo dibebaskan selepas panel hakim yang sama mengetepikan permohonan pihak pendakwa untuk mengenakan empat pertuduhan yang lebih ringan berkaitan dadah terhadap lelaki itu.
Hakim yang terdiri daripada Sundaresh Menon, Tay Yong Kwang dan Steven Chong, membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada Beh, menurut akhbar harian itu.
Beh, yang ditahan pada 26 Okt 2016 atas dakwaan cuba membawa masuk 499.97 gram metamfetamin dari Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands, berhadapan dengan lima pertuduhan membawa dadah ke republik itu.
Bagaimanapun pihak pendakwa hanya meneruskan pendakwaan terhadap Beh dengan hanya satu pertuduhan berat, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
Beh disabitkan Mahkamah Tinggi dengan kesalahan membawa dadah jenis methamphetamine seberat 499.97gram dan dijatuhi hukuman mati pada awal tahun 2020.
Beh memasuki Singapura dari Malaysia dengan menunggang motosikal milik rakannya yang didaftarkan di Malaysia, bersama dengan teman wanitanya Ting Swee Ling, yang membonceng motosikal itu.
Dadah yang dirampas mengandungi tidak kurang dari 742.82gram serbuk hablur, yang selepas dianalisis, ia didapati mengandungi tidak kurang dari 499.97gram metamfetamin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 03 2021
Hakim yang terdiri daripada Sundaresh Menon, Tay Yong Kwang dan Steven Chong, membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada Beh. - Gambar hiasan
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
Rakyat Malaysia bebas daripada tuduhan dadah pulang ke tanah air
Beh terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada kesemua lima pertuduhan membawa dadah ke Singapura.
Rakyat Malaysia bebas tuduhan berkaitan dadah di Singapura
Beh disabitkan Mahkamah Tinggi dengan kesalahan membawa dadah jenis methamphetamine seberat 499.97gram dan dijatuhi hukuman mati pada awal tahun 2020.