KUALA LUMPUR: Rakyat berada di paras tertinggi bosan, kecewa dan marah melihat gelagat ahli politik seolah-olah mengutamakan kuasa dan kedudukan daripada kepentingan rakyat.
Menurut Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian, keutamaan perlu diberikan kepada usaha menangani COVID-19, pemulihan dan menyegerakan vaksinasi.
“Bagi saya rakyat sudah paras yang tahap tertinggi bosan, kecewa, marah melihat gelagat ahli politik ini seolah-olah lebih mengutamakan kuasa dan kedudukan daripada kepentingan rakyat kerana proses sekarang ini ialah proses di mana kita berhadapan dengan COVID-19 untuk melakukan pemulihan, segerakan vaksinasi.
“Jika masing-masing boleh ketepikan kepentingan mereka, merasakan ada tanggungjawab bersama rakyat saya pasti simbolik bendera putih itu tidak muncul dan apabila bendera putih muncul seolah-olah rakyat jaga rakyat, ini beri tamparan kepada ahli politik.
“Ini apabila dilihat mereka mengutamakan kepentingan mereka daripada keperluan kemahuan dan membaca pemikiran rakyat di mana yang harus dibantu, diberi keutamaan ini merupakan satu pengajaran,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau mengulas mengenai suhu politik tanah air negara yang kembali panas apabila UMNO mengumumkan penarikan sokongan terhadap perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu malam.
Sivamurugan turut menyatakan, ahli-ahli politik sepatutnya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan ketika krisis nasional sedang melanda.
“Ini kerana setiap keputusan dibuat akan menzahirkan kebimbangan dan keresahan rakyat tentang apakah matlamat sebenarnya ahli politik,” ujarnya.
Soal beliau lagi, adakah keputusan dibuat hanya berbalik kepada kedudukan dan kuasa mahu menerajui kerajaan ataupun melihat kepada keutamaan yang perlu dilakukan ketika dalam kedudukan krisis dalam konflik yang semakin berpanjangan.
Afiezy Azaman
Thu Jul 08 2021
Sivamurugan Pandian berkata keutamaan perlu diberikan kepada usaha menangani COVID-19, pemulihan dan menyegerakan vaksinasi. -Gambar fail
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Istiadat berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan.
Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya
Zelensky berkata beliau telah menugaskan Kerajaan Ukraine untuk menganjurkan acara itu menjelang November tahun ini.
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
IHPR merudum, Muhyiddin dakwa Kerajaan acuh tak acuh urus ekonomi rakyat
Muhyiddin berpandangan, realiti penurunan IHPR dikhuatiri akan memburukkan keadaan ekonomi rakyat yang terjejas dengan kenaikan harga barangan.
#SuaraMalaysia: Majoriti akui kos makanan ketika ini meresahkan
Apabila kenaikan harga makanan melebihi paras kebiasaan sudah tentu ia merisaukan banyak pihak bukan sahaja di peringkat pembeli malah peniaga juga turut terkena tempias sama.
Rakyat di paras tertinggi 'bosan, kecewa dan marah' lihat gelagat ahli politik - Penganalisis
Keutamaan perlu diberikan kepada tangani COVID-19, pemulihan dan segerakan vaksinasi.
Tiada jaminan ubah kerajaan dapat selesai masalah negara - Ilham Centre
Hisomuddin menjelaskan, paling penting kini adalah untuk menyerahkan kepada Parlimen bagi menentukan keabsahan majoriti kerajaan sedia ada.
Isu penjualan arak dan rokok, saya tidak pernah berdiam diri - Nanta
KPDNHEP menepis dakwaan kononnya wujudnya kekeliruan berhubung larangan penjualan arak dan kebenaran menjual rokok sepanjang PKP 3.0.
NGO mahu PDRM siasat kesahihan akuan bersumpah sokongan kepada Anwar
Polis perlu menyiasat kesahihan surat sokongan daripada Ahmad Zahid kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular baru-baru ini.
Kerajaan sedia perluas kelayakan pengeluaran Akaun 1 KWSP - Menteri Kewangan
Tengku Zafrul berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan dengan semua pihak terlibat.
Jangan sampai rakyat bencikan ahli politik - Mufti Perlis
Asas dalam berpolitik adalah untuk menyelesaikan kemaslahatan rakyat, lebih-lebih lagi ketika rakyat terkesan dengan wabak COVID-19.
Sertai PH bukan alasan tutup siasatan kes - PKR
Menurutnya, Biro Politik PKR menyedari bahawa ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, rakyat dengan jelas menolak korupsi, salah guna kuasa dan kleptokrasi yang diamalkan rejim dahulu.