Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin percaya bahawa rakyat akan menerima pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas melihat manfaatnya dan yakin kerajaan menggunakan hasil cukai itu dengan betul.
Ketika berucap pada majlis Dialog Meja Kupi di sini hari ini, katanya tahap kemarahan rakyat juga akan reda jika kerajaan menunjukkan peruntukan tambahan hasil pelaksanaan GST.
"Apa yang rakyat ingin tahu ialah jika kerajaan mendapat hasil daripada GST, adakah (kerajaan) membelanjakannya dengan betul? Inilah yang rakyat mahu tahu.
"Jadi kerajaan perlu menunjukkan bahawa kita mesti menggunakan hasilnya sebagai contoh untuk membina sekolah, hospital dan jalan raya di kawasan luar bandar di Sabah. Kita mesti menunjukkannya. Barulah saya rasa rakyat akan memahami cukai ini memberi manfaat," kata beliau.
Khairy menjawab soalan dari seorang daripada hadirin mengenai kerelevenan pelaksanaan GST kerana banyak isu berkaitan sistem percukaian itu telah dibangkitkan dalam media sosial.
Khairy berkata ia memerlukan masa untuk mendapat penerimaan sepenuhnya daripada seluruh rakyat terhadap pelaksanaan sistem cukai baharu negara yang diperkenalkan pada 1 April lepas.
"Kita tidak boleh mengharapkan bahawa apabila kita melaksanakan GST semua orang akan sokong, tiada siapa sokong apabila kita memperkenalkan cukai baharu itu tetapi selagi kita dapat membuktikan bahawa cukai itu digunakan dengan betul, rakyat akan menerimanya kemudian," kata beliau.
Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Khairy, yang juga Ketua Pemuda UMNO, berkata Akta Hasutan perlu dilaksanakan secara adil dalam semua aspek supaya generasi muda dapat menerima akta tersebut.
"Jika kita mahu rakyat menerima undang-undang atau penerimaan Akta Hasutan menjadi lebih baik, kita perlu memastikan pelaksanaan akta tidak dilakukan secara terpilih," katanya.
Menurutnya Malaysia masih memerlukan Akta Hasutan sebagai pencegahan serta menghalang konflik agama dan kaum, termasuk sebarang percubaan untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Persekutuan kerana, "kami percaya bahawa perpaduan di peringkat Persekutuan adalah paling penting."
Dialog Meja Kupi bertajuk 'Selfie, Like and Tweet: The Rise of Social Media and the Birth of Neopolitics' dianjurkan oleh Fakulti Sains Pentadbiran dan Kajian Dasar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah dengan kerjasama Persatuan Pemerkasaan dan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEEDS) serta Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (Pimpin).
Bernama
Sat May 09 2015
"Apa yang rakyat ingin tahu ialah jika kerajaan mendapat hasil daripada GST, adakah (kerajaan) membelanjakannya dengan betul? Inilah yang rakyat mahu tahu. -Gambar fail
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Rakyat akan terima GST selepas lihat manfaatnya - Khairy
Khairy Jamaludin percaya bahawa rakyat akan menerima pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas melihat manfaatnya dan yakin kerajaan menggunakan hasil cukai itu dengan betul.