KUALA LUMPUR:Rakyat 23 negara yang masih disekat daripada memasuki negara ini dalam usaha menangani wabak COVID-19, boleh memasuki Malaysia untuk bertemu pasangan warga tempatan dengan syarat mereka mendapat kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengecualian itu diberikan kepada golongan berkenaan walaupun negara belum membuka sempadan kepada negara-negara itu.
"Mereka tidak dihalang, asalkan mendapat kebenaran daripada Jabatan Imigresen dengan membuat permohonan melalui 'My Travel Pass' serta mengikut semua SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan termasuk menanggung kos kuarantin," katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.
September lepas, Malaysia menyekat kemasukan daripada 23 negara kerana negara-negara itu mencatat kes positif COVID-19 melebihi 150,000 kes.
Negara-negara itu adalah Amerika Syarikat; Brazil; India; Rusia; Peru; Colombia; Afrika Selatan; Mexico; Sepanyol; Argentina; Chile; Iran; United Kingdom; Bangladesh; Arab Saudi; Pakistan; Perancis; Turki; Itali; Jerman; Iraq; Filipina dan Indonesia.
PKPP-ISMAIL (PASANGAN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan sehingga kini belum bercadang untuk mewajibkan ujian calitan bagi membenarkan mereka dari zon merah ke zon hijau.
Memperincikan mengenai hasil operasi pasukan petugas pematuhan SOP, Ismail Sabri berkata seramai 318 individu di tahan semalam atas kesalahan ingkar arahan SOP.
Daripada jumlah itu, seramai 307 individu telah di kompaun manakala 11 di reman, katanya.
Op Benteng telah berjaya menahan 24 pendatang asing serta merampas enam kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara, katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 20 2020
September lepas, Malaysia menyekat kemasukan daripada 23 negara kerana negara-negara itu mencatat kes positif COVID-19 melebihi 150,000 kes. -Gambar fail
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Rakyat 23 negara disekat boleh masuk Malaysia dengan kebenaran untuk bertemu pasangan - Ismail Sabri
Rakyat 23 negara yang masih disekat daripada memasuki negara ini dalam usaha menangani wabak COVID-19, boleh memasuki Malaysia untuk bertemu pasangan warga tempatan.