Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merakam video dua wanita yang sedang mandi di bilik air menggunakan telefon bimbit.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor memutuskan Zulkarnaen Toharudin, 27, dihukum penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan dan dia perlu menjalani hukuman itu secara berasingan bermula hari ini.
Bagi pertuduhan pertama, Zulkarnaen yang bekerja sendiri didakwa merakam video wanita berusia 37 tahun yang sedang mandi di bilik air menggunakan telefon bimbit dengan maksud hendak mengaibkan kehormatannya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sentul pada 6.15 pagi, 28 Dis 2013.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi wanita berusia 46 tahun di PPR sama pada 6.30 pagi, 28 Jan lepas.
Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, seorang lelaki yang juga merupakan kenalan kepada suami wanita berusia 37 tahun itu telah melihat rakaman tersebut daripada tertuduh lalu memaklumkan perkara itu kepada suami mangsa.
Suami mangsa kemudian merampas kad memori telefon bimbit itu sebelum memastikan terdapat rakaman video isterinya yang sedang mandi. Dalam kad memori itu juga terdapat rakaman video mangsa berusia 46 tahun.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S.Nithia memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh kerana ia kesalahan serius dan perbuatan itu sangat mengaibkan serta memberi tekanan kepada kedua-dua mangsa.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana ia kesalahan pertama dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
Ketika ditanya Majistret mengapa dia melakukan perbuatan itu, tertuduh hanya menjawab "saya mengaku bersalah".
Bernama
Thu Feb 06 2014
Gambar Hiasan
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Belia 4B tawar Mohd Ridhwan calon Presiden Majlis Belia Malaysia
Gerakan Belia 4B Malaysia mencalonkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali untuk bertanding bagi jawatan Presiden dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia ke-73.
Tumpuan Jumaat – 10 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
Bekas presiden MIC Subramaniam bakal terima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman
Bekas presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam bakal menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India esok.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
PM Anwar terima kunjungan hormat DPIM, bincang inisiatif pembangunan ekonomi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang diketuai Presidennya Datuk Mohammad Sahar Mat Din.
ASEAN perlu strategi bersatu tingkatkan industri EV, kata CEO Yinson
ASEAN memerlukan strategi bersatu untuk meningkatkan industri kenderaan elektrik (EV) di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Holdings Bhd (Yinson) Lim Chern Yuan.
AWANI Tonight 9 Jan 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. JS-SEZ could add RM125 bil yearly to GDP
2. Japan faces biggest flu outbreak in 25 years
#AWANIEnglish #AWANINews
1. JS-SEZ could add RM125 bil yearly to GDP
2. Japan faces biggest flu outbreak in 25 years
#AWANIEnglish #AWANINews
Hampir separuh rakyat Malaysia intai teman baharu dikenali di akaun media sosial - Kaspersky
Hampir separuh daripada rakyat Malaysia pernah merasai pengalaman melibatkan sebarang bentuk perbuatan 'pengintaian' digital.
Polis buru lelaki intai guru wanita di tandas
Polis Shah Alam menerima laporan daripada mangsa yang berusia 32 tahun, pada hari yang sama.
Intai, hendap perlu diklasifikasi sebagai jenayah - Pakar
Pakar undang-undang mengalu-alukan syor NGO supaya menjadikan perbuatan mengintip dan menghendap sebagai kesalahan jenayah di bawah kanun keseksaan.
Mangsa intai ketika mandi sebar gambar suspek di Facebook
Seorang wanita berang apabila rumahnya bukan sahaja dipecah masuk oleh seorang lelaki tetapi mendakwa dirinya turut diintai ketika sedang mandi.
Padah intai isteri jiran sedang mandi
Seorang tukang kebun sekolah ditahan selepas didapati berkelakuan mengaibkan, mengintai seorang wanita sedang mandi di sebuah rumah di Taman Melati.
Pelajar lelaki intai gadis sambil onani ditahan polis, rakaman CCTV tersebar
Aksinya melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam keadaan berbogel, telah dirakam CCTV yang dipasang di rumah mangsa.