ARAU: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah menghadap Komander Askar Wataniah Siri 500 sempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) bermula semalam sehingga Ahad (30 Okt).
Antara tetamu diraja yang berangkat menghadap adalah Raja Muda Kedah Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin (Komander Rejimen 513 AW), Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan Brigedier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (Komander Rejimen 508 AW), Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu Brigedier Jeneral Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Komander (Rejimen 512 AW) dan Tengku Panglima Raja Pahang Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Komander Rejimen 505 AW).
Baginda berdua turut meraikan kesemua tetamu jemputan pada Majlis Santapan Diraja di Balai Bankuasi Istana Arau malam tadi.
Turut berangkat anakanda-anakanda Tuanku Raja Muda Perlis iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.
SKAW Siri ke 33/2022 ini dikoordinasikan dan diterajui Komander Rejimen 504 Askar Wataniah iaitu Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
![Raja Perlis terima menghadap Komander Askar Wataniah Raja Perlis terima menghadap Komander Askar Wataniah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667013365_RajaPerlisAskarW.jpg)
Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis bergambar bersama tetamu diraja ketika berangkat tiba pada Santapan Diraja sempena Sidang Komander Askar Wataniah di Istana Arau malam tadi. --fotoBERNAMA
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Raja Perlis terima menghadap Komander Askar Wataniah Raja Perlis terima menghadap Komander Askar Wataniah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667013365_RajaPerlisAskarW.jpg)
Raja Perlis terima menghadap Komander Askar Wataniah
Terima sembah menghadap itu asempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) bermula semalam sehingga Ahad (30 Okt).
![Jalan, premis tidak boleh dinamakan dengan nama orang yang masih hidup - Raja Perlis Jalan, premis tidak boleh dinamakan dengan nama orang yang masih hidup - Raja Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661245363_TBSyedSirajuddin.jpg)
Jalan, premis tidak boleh dinamakan dengan nama orang yang masih hidup - Raja Perlis
Kecuali nama Raja-Raja, jalan-jalan, bangunan, masjid dan sekolah tidak boleh dinamakan dengan nama orang yang masih hidup.
![Penangguhan majlis-majlis sempena sambutan ulang tahun ke-76 Raja Perlis Penangguhan majlis-majlis sempena sambutan ulang tahun ke-76 Raja Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81562938468_TuankuSyedSirajudd.jpg)
Penangguhan majlis-majlis sempena sambutan ulang tahun ke-76 Raja Perlis
Sehubungan itu, istiadat perbarisan kawalan kehormatan dan penganugerahan darjah kebesaran dan pingat negeri serta majlis santapan negeri akan diadakan pada tarikh tersebut.