SELAMA: Rakyat Perak yang tinggal bersempadan dengan Selangor dinasihatkan supaya berhati-hati dengan penyakit rabies yang dilaporkan berlaku di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata, mereka juga hendaklah melaporkan sekiranya mengalami simptom penyakit itu bagi membolehkan langkah pengawalan diambil.
"Mereka yang dijangkiti penyakit itu perlu mendapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan berdekatan kerana ia boleh membawa maut.
"Setakat ini saya tidak mendapat maklumat mengenai penyakit itu di negeri ini," katanya kepada Bernama pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ramadan - Aktiviti Menyantuni Anak-Anak Yatim/Rumah Orang Tua dan Asnaf sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia 2022 peringkat negeri di Pusat Pengajian Tahfiz Nur as-Salam di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemakluman Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) bahawa seorang lagi lelaki warga emas disahkan dijangkiti rabies di Daerah Kuala Langat pada 22 April lepas, menjadikan kes kedua di negeri itu setakat ini.
Pada program itu, seramai 200 anak yatim dan asnaf menerima bantuan barangan dan wang tunai bagi menyambut Aidilfitri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022
Mereka yang dijangkiti penyakit rabies perlu mendapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan berdekatan kerana ia boleh membawa maut. - Gambar hiasan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Kes rabies di Filipina meningkat 23 peratus
Pada Ogos, DOH Filipina menyatakan sekurang-kurangnya 10 wilayah di seluruh negara menunjukkan peningkatan dalam kes rabies.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
16 maut akibat rabies di Sarawak
Kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang meninggal dunia pada 12 Disember lalu.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
Lebih 80,000 kes gigitan haiwan di Sarawak
Sarawak merekodkan sebanyak 88,606 kes gigitan haiwan sejak 2017, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
15 mati akibat rabies di Sarawak tahun ini, terbaharu bangkai anjing jadi punca
Sarawak telah mengesan satu lagi kes kematian yang disyaki dijangkiti rabies daripada bangkai anjing dalam tempoh Ogos sehingga 17 Sept tahun ini.
10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini
Sarawak merekodkan 10 kes rabies melibatkan haiwan minggu ini, menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Adrian Susin Ambud.
Rabies di Sarawak meningkat - Stephen Rundi
Kes-kes rabies yang menjangkiti haiwan dan manusia mencatatkan peningkatan di Sarawak, dengan Kampung Narum di Marudi diisytihar sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies selepas seekor anjing liar.
Jangkitan rabies di Sarawak meningkat hampir 90 peratus - Pengarah Kesihatan
Jumlah kes dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 87.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu tujuh kes dilaporkan.