Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meningkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak untuk menangani jangkitan rabies yang menyebabkan 15 kematian di negeri itu setakat ini.
Timbalan Menteri berkenaan, Dr Lee Boon Chye berkata ini penting memandangkan kebanyakan kawasan di Sarawak telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies.
"Kita memandang serius keadaan di Sarawak kerana banyak bahagian mengalami jangkitan rabies kecuali di Limbang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Imbasan Institut Jantung Negara (IJN)- Permodalan Nasional Berhad (PNB) di IJN pada Rabu seperti lapor Bernama.
Dr Lee berkata lawatan kerja KKM ke Sarawak bulan depan dalam usaha membendung kes rabies juga bagi melihat sejauh mana langkah memberi suntikan vaksin kepada anjing di negeri itu.
"Suntikan vaksin anti rabies bukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi di bawah Jabatan Veterinar negeri. Di sinilah kerjasama Jabatan Veterinar negeri penting dalam memastikan kita dapat mengawal penularan wabak rabies," katanya.
Pusat Imbasan IJN-PNB itu adalah hasil sumbangan PNB sebanyak RM30 juta di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Ia menampilkan imbasan baharu iaitu Positron Emission Tomography-Computed Tomography atau PET-CT yang memudahkan imbasan bagi pesakit jantung dan kanser.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata imbasan baharu PET-CT merupakan peralatan yang tercanggih ketika ini dan pertama kali digunakan di Malaysia.
-- BERNAMA
Astro Awani
Wed Dec 12 2018
Boon Chye berkata kerjasama itu penting memandangkan kebanyakan kawasan di Sarawak telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Akta 852: KKM yakin kadar merokok menurun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan
Kementerian Kesihatan yakin prevalens kebangsaan merokok mampu turun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan susulan penguatkuasaan Akta 852.
Akta 852: Langkah penting bentuk tingkah laku, pemikiran masyarakat
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang mula berkuat kuasa Selasa langkah dinantikan dan penting untuk negara.
Kawalan produk rokok: Akta 852 dikuatkuasakan secara berhemah - Dzulkefly
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan dikuatkuasakan secara berhemah dan munasabah.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Kematian doktor: KKM tidak bertoleransi kes buli kakitangan - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan bertoleransi dengan sebarang perbuatan buli terhadap kakitangannya.
Kes demam denggi menurun pada ME 35, empat kematian dilaporkan
Bilangan lokaliti 'hotspot' yang dilaporkan pada ME 35 sebanyak 64 lokaliti berbanding 85 pada minggu sebelumnya.
Mpox: 25 kes disahkan negatif, 6 masih dalam pemantauan - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.
Kementerian Kesihatan Gaza terima lebih 1 juta dos vaksin polio
Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan lewat Ahad bahawa pihaknya menerima 1.26 juta dos vaksin polio.
Kuat kuasa Akta 852 di fasa akhir, dapatkan kelulusan AGC - Dr Dzulkefly
KKM mengambil sikap untuk memastikan peraturan dan perintah di bawah akta itu diperhalusi secara lebih tuntas.
Produk Kopi Pejuang dikesan ada racun berjadual tadalafil - KKM
Produk Kopi Pejuang dikesan mengandungi tadalafil iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk.