KUALA LUMPUR: Dua individu menjadi mangsa terbaharu jangkitan rabies di Sarawak.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 52 dan 54 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu serta Hopsital Umum Sarawak (HUS).
Jelasnya, kedua-dua kes itu merupakan dua kes pertama positif rabies dalam kalangan manusia di Malaysia untuk tahun ini.
"Pertambahan dua kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 1 Julai 2017 adalah 33 kes.
"Daripada jumlah itu, 31 kematian direkodkan. Hanya dua kes sahaja yang masih hidup masing-masing kanak-kanak dengan sejarah mendapatkan rawatan awal," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dr Noor Hisham menjelaskan, bagi kes pertama adalah seorang lelaki berusia 52 tahun tidak mempunyai sejarah digigit atau dicakar anjing tetapi pernah menangkap serta membunuh haiwan itu tanpa menyerahkan bangkai ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk siasatan.
Bagaimanapun katanya, pada 31 Januari lalu, kes telah mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke wad Hospital Sibu kerana mengalami gejala sakit dada, kebas di tangan, muntah serta sesak nafas.
"Keadaan kesihatannya merosot hingga memerlukan bantuan pernafasan sebelum meninggal dunia pada 8 Februari lalu akibat jangkitan rabies," katanya.
Jelas Dr Noor Hisham, bagi kes kedua pula melibatkan individu berusia 54 tahun yang dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas mengalami lenguh di kaki, badan, demam dan tiada selera makan.
Berdasarkan sejarah kata beliau, kes pernah digigit anjing peliharannya pada 26 Disember di dada kanan semasa mengendalikan anjing tersebut.
"Keadaan kesihatannya juga merosot dan dilaporkan meninggal dunia di HUS pada 7 Mac akibat jangkitan rabies," katanya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya dan Jabatan Kesihatan Sarawak akan terus memantau situasi rabies di Sarawak.
Semua rakyat Sarawak juga dipohon untuk mematuhi semua nasihat serta arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Astro Awani
Sat Mar 13 2021
Dr Noor Hisham berkata, pihaknya dan Jabatan Kesihatan Sarawak akan terus memantau situasi rabies di Sarawak.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Rabies di Sarawak ragut dua lagi nyawa
Kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 52 dan 54 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu serta Hopsital Umum Sarawak (HUS).