KUALA LUMPUR: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) memohon agar isu elaun penerima Pingat Jasa Malaysia, kenaikan jumlah bantuan sara hidup kepada veteran ATM B40 dan pelarasan pencen dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Okt ini.
Presiden PVATM Datuk Sharuddin Omar berkata sememangnya pembentangan bajet 2023 amat dinanti-nantikan warga veteran di seluruh negara kerana tiga permintaan berkenaan melibatkan kebajikan anggota veteran.
"Kami mahu bajet kali ini memberi manfaat kepada semua warga veteran," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Sharuddin sebelum ini PVATM memperjuangkan lima permintaan dengan dua daripadanya iaitu penambahbaikan pencen terbitan serta penubuhan panel penasihat bagi mempertimbangkan permohonan bekas tentera untuk diiktiraf sebagai Veteran ATM telah dipenuhi.
Berkenaan permintaan pelarasan pencen bagi tentera bersara sebelum 2013, seorang bekas juruterbang helikopter Nuri, Mej (B) Dr Nor Ibrahim Sulaiman berkata perkara itu perlu diberi perhatian kerajaan dalam Bajet 2023 kerana ia berkaitan langsung dengan kehidupan harian pesara.
"Untuk makluman, saya bersara pada 1992 setelah berkhidmat 25 tahun dengan penuh dedikasi. Gaji pokok maksimum pangkat Mejar ketika itu ialah RM2,584. Pencen 50 peratus daripada gaji pokok iaitu sebanyak RM1,292.
"Sehingga 2013 apabila kerajaan beri pelarasan dua peratus setiap tahun. Setelah 26 tahun bersara, baru sekarang (2022) saya menikmati pencen RM2,682. Ini bermakna saya tergolong dalam kategori B40," katanya sambil berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan positif terhadap permintaan veteran ATM.
Seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat dalam misi pengaman pertama di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Congo, Ariffin Taib berharap agar kebajikan pesara tentera terutama dari aspek kesihatan tidak dipandang sebelah mata sahaja.
"Perkhidmatan kemudahan di hospital ATM terhadap anggota tentera dan pesara amat baik. Namun, kemudahan daripada segi farmaseutikal perlu dititikberatkan kerana terdapat ubat-ubatan yang diperlukan setelah menerima rawatan di hospital sukar diperoleh dan harganya yang tinggi.
"Misalnya saya yang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan. Setelah mendapatkan rawatan, ada ubat tambahan yang perlu dibeli di luar dan harganya bukannya murah," katanya.
Beliau berharap kerajaan menimbangkan memperkenalkan inisiatif supaya keperluan ubat-ubatan boleh didapati dengan murah dan mudah kerana tidak semua veteran ATM berkemampuan.
Sementara itu, Penganalisis Pertahanan Dr Azmi Hassan berkata peruntukan latihan kemahiran yang lebih baik berbanding sekarang perlu disediakan dalam Bajet 2023 bagi anggota tentera yang bakal bersara agar mereka dapat meneroka peluang kerjaya lain terutama bidang berkaitan teknologi tinggi.
Beliau berkata peruntukan sedemikian membolehkan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia menyediakan latihan secukupnya supaya pesara tentera itu dapat melakukan kerja berbeza daripada apa yang dilakukan selama ini.
Antaranya kata Azmi ialah veteran perlu dilengkapkan dengan kemahiran terkini khususnya bidang teknikal bagi memenuhi perkembangan teknologi dan keperluan industri masa hadapan.
"Latihan kemahiran ini mungkin menelankan kos yang lebih daripada biasa kerana ia boleh melibatkan pihak luar dalam memberikan latihan yang kondusif kepada veteran atau bakal pesara.
"Apa yang paling penting adalah memberi mereka kemahiran untuk membuat pekerjaan lain dan yang memerlukan kemahiran tinggi supaya mereka dibayar setimpal dengan kemahiran dimiliki," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022

Sememangnya pembentangan bajet 2023 amat dinanti-nantikan warga veteran di seluruh negara kerana tiga permintaan berkenaan melibatkan kebajikan anggota veteran.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS),

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.

PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.

Belanjawan 2024: 10 tahun menanti, pesara ATM harap berita baik pelarasan pencen
Mereka mengharapkan berita baik dapat diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Belanjawan 2024 Jumaat ini.

PVATM mohon tiga permintaan dimasukkan dalam Bajet 2023
Perkara itu perlu diberi perhatian kerajaan dalam Bajet 2023 kerana ia berkaitan langsung dengan kehidupan harian pesara.

Veteran ATM percaya kerajaan mampu tangani ancaman kumpulan Sulu di Sabah
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) percaya kerajaan mampu mengambil langkah terbaik dalam menangani ancaman keselamatan di Sabah terutama melibatkan kumpulan Sulu.

PVATM akan terus perjuang isu belum selesai
Persatuan itu mengambil pendekatan mengemukakan tuntutan secara berhemah dan rundingan.

Inisiatif proaktif Kementerian Pertahanan bantu negara hadapi pandemik - PVATM
Inisiatif Kementerian Pertahanan membantu kerajaan memerangi pandemik COVID-19 merupakan langkah proaktif dan tanggungjawab mempertahankan negara dalam apa jua situasi.

Veteran pohon elaun sara hidup bagi anggota yang tidak berpencen
PVATM merayu agar kerajaan pertimbang permohonan penyediaan skim elaun sara hidup secara automatik kepada anggotanya apabila mencapai usia 60 tahun.

PVATM Johor selar Ali Tinju, desak Majlis Eksekutif lucut keanggotaan
Semua anggota PVATM Johor sangat tidak berpuas hati dan membantah kenyataan Mohd Ali yang menyatakan Presiden PVATM makan gaji buta.

Rosakkan imej PVATM, Ali Tinju mungkin dikenakan tindakan tatatertib
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.