Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito hari ini memulakan lawatan rasmi lima hari ke Malaysia dengan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sebagai tanda penghormatan kepada pejuang negara yang terkorban.
Putera Mahkota Naruhito tunduk dan bertafakur selepas meletakkan kalungan bunga putih di hadapan struktur itu yang dibina bagi mengenang perajurit yang gugur ketika berjuang untuk negara, yang terletak berhampiran Taman Tasik Kuala Lumpur.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, yang juga Menteri Pengiring.
Dibina pada 1966 dan berdiri setinggi 15.5 meter, monumen yang terdiri daripada tujuh anggota tentera yang mengibarkan Jalur Gemilang, merupakan satu daripada patung gangsa terbesar di dunia.
Ini merupakan lawatan pertama Naruhito ke Malaysia sejak baginda dimasyhurkan sebagai Putera Mahkota Jepun pada 1991. Baginda tiba di Malaysia semalam.
Lawatan Putera Mahkota Jepun itu juga merupakan kemuncak sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia dan Jepun.
Naruhito, putera sulung Maharaja Akihito, hari ini dijadualkan untuk menyampaikan kuliah khas di Universiti Malaya dan melawat Pusat Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Baginda turut dijadualkan menghadiri majlis bagi meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia-Jepun di sebuah hotel terkemuka petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2017
![Putera Mahkota Naruhito beri penghormatan kepada pejuang negara yang gugur Putera Mahkota Naruhito beri penghormatan kepada pejuang negara yang gugur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492140481_PuteraNaruhito.jpg)
Putera Mahkota Naruhito meletakkan jambangan bunga sebagai tanda penghormatan di Tugu Negara hari ini sempena lawatan rasmi lima hari ke Malaysia. - Bernama
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
![Maharaja Jepun turun takhta: Ini cerita yang anda perlu tahu Maharaja Jepun turun takhta: Ini cerita yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71556518087_jepun.jpg)
Maharaja Jepun turun takhta: Ini cerita yang anda perlu tahu
Maharaja Akihito, 85 tahun, bakal menjadi maharaja Jepun yang pertama turun takhta dalam 200 tahun pada Selasa ini.
![Kabinet lulus tarikh Maharaja Jepun turun takhta Kabinet lulus tarikh Maharaja Jepun turun takhta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41512090505_EmperorAkihito.jpg)
Kabinet lulus tarikh Maharaja Jepun turun takhta
Kelulusan kabinet itu dibuat seminggu selepas mesyuarat melibatkan Perdana Menteri Shinzo Abe, ahli politik, anggota kehakiman dan keluarga diraja berlangsung.
![Putera Mahkota Jepun harap hubungan terus diperkukuh melalui pendidikan Putera Mahkota Jepun harap hubungan terus diperkukuh melalui pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492171919_PuteraMahkota.jpg)
Putera Mahkota Jepun harap hubungan terus diperkukuh melalui pendidikan
Putera Mahkota Jepun, Naruhito berharap persahabatan Jepun-Malaysia dapat terus dipererat dengan merancakkan kerjasama dalam bidang akademik antara dua negara.