SEPANG: Putera Monaco Putera Albert II berangkat tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.
Pesawat khas yang membawa Putera Albert II dan delegasi baginda termasuk Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Monaco Isabelle Berro-Amadei serta pegawai kanan dan komuniti perniagaan, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 11 pagi.
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar dan Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Mohd Zamruni Khalid menyambut ketibaan Putera Albert II dan rombongan baginda.
Sejurus tiba, Prince Albert II memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Amirul Akmal Osman.
Baginda dijadual merasmikan Pejabat Konsul Kehormat Monaco yang pertama di Malaysia dan melawat Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur.
Esok, Putera Albert II dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan diberi sambutan negara di Istana Negara.
Al-Sultan Abdullah juga akan menganjurkan Majlis Santapan Negara bagi meraikan Putera Albert II dan delegasinya.
Selain itu, Putera Albert II dijadualkan menghadiri Forum Ekonomi Monaco 2023 di Kuala Lumpur.
Sebelum berlepas pulang pada Rabu, baginda turut dijadualkan melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, di Pahang.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menjadi hos bagi lawatan negara Putera Albert II.
Menurut kenyataan itu, lawatan Putera Albert II akan memberi peluang yang baik kepada Monaco dan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, dengan prospek kerjasama masa depan dalam pelbagai bidang yang disokong pada peringkat tertinggi kepimpinan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Prince Albert II memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Amirul Akmal Osman. - Gambar/ Bernama
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia
Putera Monaco Putera Albert II berlepas ke Singapura hari ini selepas mengakhiri lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.
Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.
Putera Albert II diberikan sambutan negara di Istana Negara
Ketibaan baginda dan delegasinya pada 11 pagi itu, disambut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong.
Putera Albert II tiba di Malaysia untuk lawatan negara
Putera Monaco Putera Albert II berangkat tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.
Putera Monaco Putera Albert II adakan lawatan negara ke Malaysia dari 26-29 Nov
Putera Monaco Putera Albert II akan memulakan lawatan negara pertamanya ke Malaysia dari 26 hingga 29 Nov dan dijadual merasmikan Pejabat Konsul Kehormat Monaco yang pertama di Malaysia.