KUALA LUMPUR: Putera Monaco Putera Albert II hari ini berkenan melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia, sebagai sebahagian daripada program sempena lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.
Putera Albert II berangkat tiba di muzium berkenaan pada 5.10 petang dan disambut oleh wakil pihak muzium Rashidah Salim dan turut dihadiri Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Putera Albert II, dengan diringi kurator muzium Zulkifli Ishak meluangkan masa hampir dua jam menyaksikan pelbagai artifek seni, reka bentuk dan budaya dunia Islam yang dipamerkan di muzium itu, yang merupakan muzium kesenian Islam terbesar di Asia Tenggara.
Hadir sama Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Monaco Isabelle Berro-Amadei.
Putera Albert II, tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara empat hari ke Malaysia yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Terdahulu, Putera Albert II telah merasmikan Pejabat Konsul Kehormat Monaco yang pertama di Malaysia dan esok baginda dijadualkan menghadap Al-Sultan Abdullah dan diberi sambutan negara di Istana Negara.
Seri Paduka juga akan menganjurkan Majlis Santapan Negara bagi meraikan Putera Albert II dan delegasi.
Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan Putera Albert II akan memberi peluang yang baik kepada Monaco dan Malaysia mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, dengan prospek kerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong pada peringkat tertinggi kepimpinan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
![Putera Albert II lawat Muzium Kesenian Islam Malaysia Putera Albert II lawat Muzium Kesenian Islam Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701007538_PuteraMonacoPutera.jpg)
Putera Albert II mendengar penerangan daripada Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia Zulkifli Ishak (kanan) semasa lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia. - Bernama
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701265459_PuteraAlbertII.jpg)
Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia
Putera Monaco Putera Albert II berlepas ke Singapura hari ini selepas mengakhiri lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.
![Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701210114_PrinceofMonacoPr.jpg)
Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.
![Putera Albert II diberikan sambutan negara di Istana Negara Putera Albert II diberikan sambutan negara di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701070825_TBAlbertIljpg.jpg)
Putera Albert II diberikan sambutan negara di Istana Negara
Ketibaan baginda dan delegasinya pada 11 pagi itu, disambut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong.
![Putera Albert II tiba di Malaysia untuk lawatan negara Putera Albert II tiba di Malaysia untuk lawatan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700981584_PuteraAlbertII.jpg)
Putera Albert II tiba di Malaysia untuk lawatan negara
Putera Monaco Putera Albert II berangkat tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.
![Putera Monaco Putera Albert II adakan lawatan negara ke Malaysia dari 26-29 Nov Putera Monaco Putera Albert II adakan lawatan negara ke Malaysia dari 26-29 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41584660032_PrinceAlbertofMo.jpg)
Putera Monaco Putera Albert II adakan lawatan negara ke Malaysia dari 26-29 Nov
Putera Monaco Putera Albert II akan memulakan lawatan negara pertamanya ke Malaysia dari 26 hingga 29 Nov dan dijadual merasmikan Pejabat Konsul Kehormat Monaco yang pertama di Malaysia.