PUTRAJAYA: Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) wajar dijadikan pusat pengajian kecemerlangan nasional yang memfokuskan kepada isu kedaulatan dan keselamatan negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata ini kerana isu kedaulatan dan keselamatan negara tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak.
"Pembentukan minda keselamatan penting ditingkatkan buat para graduan di Puspahanas selain daripada peningkatan budaya produktiviti kerja.
"Maka saya mahu lihat Puspahanas ini menjadi pilihan utama pusat pengajian keselamatan buat mereka di sektor awam dan swasta serta warganegara luar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) 2022 melibatkan 265 graduan termasuk 40 graduan dari luar negara di Puspahanas di sini pada Sabtu.
Majlis itu merupakan julung kali diadakan serentak bagi ketiga-tiga kolej di bawah Puspahanas berkenaan.
Mohamad berkata isu kedaulatan dan keselamatan juga penting dalam menarik pelabur untuk datang ke negara ini bagi meningkatkan ekonomi negara.
"Pelabur luar sentiasa melihat dan mendengar tahap keselamatan negara kita dan tidak melabur sekiranya negara tiada kestabilan.
"Mereka tidak akan sama sekali melabur sekiranya mendapati sesebuah negara itu mempunyai konflik keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022
Mohamad Hasan pada sidang media selepas majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentara (MTAT) Tahun 2022 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). -Bernama
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
'Kementerian Pertahanan beri kerjasama penuh isu Puspahanas' - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan akan menyediakan apa sahaja dokumen yang diperlukan untuk bekerjasama dalam isu kelewatan Projek pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas)