Biarpun pernah dilanda musibah yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua warden, namun ia tidak menghalang untuk Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terus mendapat sambutan.
Malah untuk sesi pengajian yang dijangka akan bermula minggu hadapan, pusat tahfiz tersebut menerima 160 permohonan daripada ibu bapa untuk menghantar anak mereka menimba ilmu di institusi itu.
Pengetua pusat tahfiz itu, Mohd Zahid Mahmood memberitahu jumlah yang mendaftar itu diluar jangkaan dan melebihi dari permohonan tahun-tahun sebelum ini.
"Pada awalnya kita tidak ada buat iklan di mana-mana, baik media sosial atau sebagainya, jadi jangkaan kita mungkin berkuranglah sebab orang takut melihat bila tahfiz kita ini ada pelajar dibakar.
"Tetapi yang memeranjatkan kami, biarpun tidak ada iklan, mereka datang tanya bila nak buka pendaftaran untuk belajar di tahfiz ini.
"Dalam sejarah selama 16 tahun kami, ini pertama kali paling ramai yang minta, hampir 160 orang yang sudah mengisi borang.
"Kami cuma nak ambil 50 orang jadi terpaksalah kami ketepikan 110 orang yang memohon," katanya kepada Astro AWANI.
Bercerita lanjut, Mohd Zahid berkata semangat pelajar dan tenaga pengajar pusat tahfiz itu pulih dengan cepat kerana mendapat bantuan secara rohani dari Yang Maha Esa.
Selain itu, sokongan moral daripada masyarakat juga membuatkan pelajar dan tenaga pengajar bersemangat untuk menaikkan kembali nama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
"Kalau tidak ada bantuan daripada Allah secara spiritual mungkin kami tidak dapat bangkit, kami diberi kekuatan yang luar biasa untuk kami meneruskan usaha kami membangunkan institusi tahfiz.
"Malah, dengan apa yang berlaku itu, saya melihat ia sebagai bantuan yang Allah berikan kepada bukan hanya kami tetapi juga pusat-pusat tahfiz yang lain," katanya lagi.
Mengulas mengenai sumbangan daripada orang ramai, Mohd Zahid menjelaskan, semua sumbangan yang diterima sedang diaudit oleh juru audit bertauliah dan selepas itu ia akan diserahkan kepada keluarga mangsa kebakaran.
September tahun lalu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi tumpuan seluruh masyarakat selepas asrama pelajarnya dilanda kebakaran.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi, 14 September tahun lalu, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.
Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian tersebut.
Hari ini, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang disabitkan kesalahan membunuh 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untu dibicarakan.
BACA: Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
BACA: Kes bunuh pusat tahfiz: Sebutan semula kes 3 Januari
BACA: Kes bakar tahfiz: Dua beradik dipenjara dua bulan kerana dadah
Irwan Muhammad Zain
Wed Jan 03 2018
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hanya mampu terima 50 permohonan, kata pengetuanya Mohd Zahid Mahmood. - Astro AWANI
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu
Ia termasuk 6,547 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,710 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
PADU berjaya daftar lebih 30 juta rakyat Malaysia - Mohd Uzir
Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 5,863,817 juta orang diikuti Johor dengan 3,790,108 juta.
Nancy seru masyarakat bantu OKU daftar dengan JKM
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan OKU menikmati hampir 30 kemudahan dan keistimewaan disediakan oleh kerajaan dan swasta.
KKD pertimbang wajibkan penyedia perkhidmatan media sosial daftar dengan MCMC
Perkara itu dilihat wajar dilaksana bagi memastikan semua platform media sosial berkenaan memahami dan mematuhi aspek perundangan negara.
Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Seramai 204 pelajar baharu Politeknik Jeli lapor diri walaupun banjir
Pendaftaran dilakukan secara pandu lalu dan selepas mendaftar pelajar terus bergerak ke bilik ditetapkan.
Maahad tahfiz baharu diingat daftar dengan pihak berkuasa negeri
Ia bagi memudahkan penyelarasan bantuan daripada kerajaan Persekutuan, termasuk bantuan peruntukan bagi melancarkan operasi sekolah berkenaan.
Mahkamah Tinggi arah KDN daftar MUDA dalam tempoh 14 hari
Mahkamah turut mengarahkan KDN membayar bayaran kos guaman sebanyak RM10,000.
8.29 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.57 bilion dos vaksin sudah didaftarkan.
7.151 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia
China mendahului dengan lebih 2.28 bilion dos vaksin sudah didaftarkan.