ALOR SETAR:Sebuah pusat rawatan khas bagi merawat banduan penjara yang didapati positif COVID-19 bagi Kluster Tembok telah dibuka di Penjara Alor Setar.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, petugas kesihatan juga telah ditempatkan di pusat rawatan berkenaan yang akan berfungsi sama seperti hospital-hospital yang melakukan rawatan terhadap individu positif COVID-19.
Tambah beliau, setakat ini juga, seramai 35 banduan dari penjara berkenaan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi menerima rawatan susulan.
Menurut Sanusi, banduan yang akan menamatkan tempoh tahanan dalam waktu terdekat dan didapati negatif COVID-19 pula akan ditempatkan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditetapkan bagi menjalani proses isolasi dan kuarantin.
"Pusat rawatan sebenarnya dibuat di dalam penjara… yang dibawa ke hospital itu (pula) telah ditapis (ujian saringan). Jabatan Penjara (juga) telah membuka pusat PLKN untuk dijadikan penjara sementara yang diwartakan sebagai penjara (kepada banduan) contohnya kesalahan dadah ada lagi tiga bulan hukuman. (Itu) antara kategori yang dibenarkan untuk dirawat di hospital atau di pusat PLKN, " kata Sanusi.
Beliau berkata demikian kepada wartawan media selepas Mesyuarat Mingguan EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Sanusi turut mengumumkan kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM200 kepada 84 keluarga yang tinggal di Kuarters Penjara Alor Setar.
Bantuan bekalan asas yang merangkumi beras, minyak masak, lampin bayi, air mineral, gula dan biskut kering juga, kata beliau, disalurkan kepada kesemua keluarga berkenaan.
Tambah Sanusi, pihaknya turut menyampaikan bantuan bekalan perubatan dan makanan tambahan kepada 330 petugas barisan hadapan yang bertugas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Pentadbiran secara Bersasar (TEMCO) Penjara Alor Setar.
Abd Hadi Che Awang
Wed Oct 07 2020
Sebuah pusat rawatan khas bagi merawat banduan penjara yang didapati positif COVID-19 bagi Kluster Tembok telah dibuka di Penjara Alor Setar, umum Menteri Besar Kedah.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
PKPD Penjara Alor Setar dilanjutkan selama dua minggu - Ismail Sabri
Pelaksanaan PKPD ini bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVID-19 di kawasan tersebut.
661 ditahan ingkar PKP: Ini 5 tumpuan sidang media Ismail Sabri
Berikut adalah lima tumpuan sidang media harian perkembangan COVID-19 oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Pusat rawatan COVID-19 dibuka di Penjara Alor Setar
Petugas kesihatan telah ditempatkan di pusat rawatan berkenaan yang akan berfungsi sama seperti hospital-hospital yang melakukan rawatan terhadap individu positif COVID-19.
"Sapulah air matamu..." Pesan Dr Noor Hisham kepada 'frontliners'
Dr Noor Hisham berharap petugas barisan hadapan cekal berdepan dengan situasi tersebut walaupun berada dalam keletihan.
Lelaki lepas 10 das tembakan di Penjara Alor Setar
Seorang lelaki tidak dikenali melepaskan enam das tembakan ke balai pengawal dan empat das lagi di menara kawalan di Penjara Alor Setar.
Ramadan menginsafkan banduan terhadap kesalahan lalu
50 banduan meluahkan perasaan mereka semasa majlis berbuka puasa bersama keluarga mereka pada Program Imarah Ramadan.