KUALA LUMPUR: Sebanyak 43,929 barangan tiruan pelbagai jenama bernilai RM1,072,750 disita di empat stor di sebuah pusat pemborong terkemuka di Jalan Kenanga di sini dalam operasi membanteras penjualan barang tiruan, Selasa lepas.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kuala Lumpur (KPDNHEP KL) Ariffin Samsudin berkata seorang lelaki dan seorang wanita tempatan yang merupakan pemilik serta pekerja stor turut ditahan dalam serbuan itu.
"Hasil maklumat mendapati pemilik premis itu menjual barangan tiruan secara dalam talian dan mereka juga mempunyai kedai borong yang hanya akan menjual kepada pelanggan tetap untuk mengelak barangan tersebut dihidu pihak berkuasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM15,000 untuk setiap barangan bagi kesalahan pertama serta RM30,000 bagi setiap barangan untuk kesalahan kedua dan seterusnya.
Ariffin berkata pihaknya akan terus mempergiat aktiviti penguatkuasaan undang-undang harta intelek di bawah Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hak Cipta 1987 secara berterusan.
Katanya sejumlah 89 pegawai penguatkuasa KPDNHEP KL telah digerak untuk memantau harga barangan di semua premis perniagaan bagi memastikan harga jualan tidak melampau dan bekalan sentiasa mencukupi.
Beliau menasihati orang ramai supaya membuat aduan kepada KPDNHEP jika mendapati harga sesuatu barangan melambung tinggi bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Ariffin berkata KPDNHEP terus mempergiat aktiviti penguatkuasaan undang-undang harta intelek di bawah Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hak Cipta 1987 secara berterusan. - Gambar/ Bernama

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

KPN sasar 100 KRT baharu tahun ini - Aaron
Buat masa ini terdapat 8,529 KRT di seluruh negara, di mana 91 daripadanya ditubuhkan pada tahun lepas.
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.

Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.

Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.

Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.