KUCHING: Dakwaan terdapat pusat pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam yang ditutup awal adalah tidak benar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-undang).
Sebaliknya Wan Junaidi menjelaskan bahawa waktu penutupan sesetengah pusat pengundian diwartakan pada waktu tertentu, mengikut pelbagai faktor termasuk jumlah pengundi.
"Semalam, terdapat aduan seorang wanita yang bertanyakan kenapa pusat mengundinya ditutup pada pukul 2 petang. Sebenarnya, (saya dimaklumkan) pusat pengundian itu dibuka hanya untuk 170 pengundi dan telah digazet ditutup pada pukul 2 petang.
"Jadi ia mesti ditutup pada waktu itu, jika masih dibuka selepas pukul 2, tidak boleh pakai (undi tidak boleh diambil kira). Ini undang-undang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu acara di Kampung Tanjung Bako di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata keputusan menetapkan waktu pembukaan pusat mengundi Pilihan Raya Negeri tidak terletak pada individu atau pihak polis.
"Ini bukan keputusan individu atau polis, perkara itu sudah digazet dan sudah dimaklumkan kepada semua pihak. Sepatutnya pengundi perlu mengetahui pusat mengundi mereka tutup pukul berapa? supaya tidak lambat," katanya.
Semalam, tular video di media sosial yang menunjukkan seorang wanita yang marah di hadapan sebuah pusat pengundian kerana tidak dapat masuk untuk mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
Waktu penutupan sesetengah pusat pengundian diwartakan pada waktu tertentu, mengikut pelbagai faktor termasuk jumlah pengundi. - Gambar hiasan/Bernama
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PRK Mahkota: Jangan pakai, bawa barangan dengan logo parti ke pusat mengundi - SPR
Kegagalan pengundi mematuhi atau melanggar peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan mereka dilarang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya.
PRK Nenggiri: Pusat mengundi ditutup, kiraan bermula
Ketika ini, proses pengiraan undi oleh pegawai dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang berlangsung.
PRK Nenggiri: Enam pusat mengundi akan ditutup awal Sabtu ini
Enam daripada 20 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan Sabtu ini, akan ditutup lebih awal.
PRK Sungai Bakap: 57.77 peratus sudah mengundi setakat 4 petang
Sebanyak 57.77 peratus pengundi bagi PRK Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Pilihan Raya UK: Parti Buruh diramal tewaskan Parti Konservatif pimpinan Sunak
Ramalan itu menganggarkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif.
PRK Sungai Bakap: Tiada pusat mengundi awal dibuka pada 2 Julai
Ini adalah kerana, kesemua 57 anggota polis yang mengundi awal pada PRK itu akan menggunakan undi pos.
Pilihan Raya Parlimen Eropah bermula dengan pembukaan pusat mengundi Belanda
Sebanyak 720 Ahli Parlimen Eropah (MEP) akan dipilih, dengan 31 kerusi diperuntukkan kepada Belanda.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.