KLANG: Sebuah pusat kitar semula musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Sungai Pinang 5/7, Taman Perindustrian Pulau Indah di sini pada pagi Isnin.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.04 pagi.
"Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Balai Bomba dan Penyelamat Subang dan Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.18 pagi.
"Kebakaran melibatkan sebuah kilang plastik yang merupakan pusat kitar semula yang terletak di kawasan lapang berkeluasan 60x80 kaki persegi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, kerja-kerja pemadaman dijalankan anggota bomba bagi mengelakkan kebakaran merebak ke bangunan bersebelahan.
"Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalam kebakaran ini.
"Punca dan anggaran kerugian akibat kejadian masih dalam siasatan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 17 2022
Sebuah pusat kitar semula musnah terbakar di Jalan Sungai Pinang 5/7, Taman Perindustrian Pulau Indah pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Pusat kitar semula musnah terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah kilang plastik yang merupakan pusat kitar semula yang terletak di kawasan lapang berkeluasan 60x80 kaki persegi.