KUALA LUMPUR: Helah tawar khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) di dua pusat hiburan yang beroperasi di premis tanpa papan tanda di Jalan Puchong Mesra, di sini, terbongkar dalam serbuan pada Sabtu.
Dalam serbuan itu, Jabatan Imigresen (JIM) berdepan kesukaran apabila premis karaoke itu dilengkapi dengan pintu besi selain kamera litar tertutup (CCTV).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, secara keseluruhan, seramai 156 individu diperiksa menerusi Op Gegar, Op Selera dan Op Kutip di sekitar kawasan itu.
Menurutnya, seramai 90 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.
“Empat warga tempatan turut ditahan disyaki menggajikan dan melindungi PATI, manakala yang lain merupakan warga China (tujuh), Vietnam (44), Thailand (dua), Myanmar (seorang) dan Bangladesh (11).
Turut hadir Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.
Jafri berkata, operasi bermula pukul 11.30 malam (Jumaat) sehingga pukul 3 pagi itu dibuat susulan aduan awam dan risikan selama satu bulan.
Ujarnya, JIM akan membuat proses verifikasi terhadap kesemua tangkapan termasuk wanita warga asing yang mendakwa kehadirannya ke pusat hiburan sekadar untuk minum dan bertemu dengan rakan.
"Pihak Imigresen tidak akan berkompromi dengan pihak melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk warga tempatan yang bersekongkol melindungi dan menggajikan PATI," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 04 2024

Antara yang ditahan dalam serbuan JIM di pusat hiburan sekitar Jalan Puchong Mesra, Kuala Lumpur pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.

14 maut dalam kebakaran di pusat karaoke di Vietnam
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kejadian kebakaran di sebuah pusat karaoke di wilayah Binh Duong di selatan Vietnam.

Kegagalan pendawaian elektrik dipercayai punca kebakaran maut di pusat karaoke
Keputusan itu diperoleh hasil siasatan Unit Forensik Bomba di dalam premis terbabit.

Tiga pusat karaoke beroperasi tanpa lesen diserbu
Nor Omar Sappi berkata, premis berkenaan gagal mengemukakan lesen hiburan sah yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pusat karaoke sedia GRO Korea Selatan diserbu
Ketika serbuan tiada yang dapat meloloskan diri kerana premis tersebut sudah dikepung sepenuhnya.

19 maut kebakaran di pusat karaoke
Seorang ahli kumpulan ditikam sehingga mati sebelum pusat berkenaan dibakar yang menyebabkan 18 individu lain terperangkap di dalam.

Pusat hiburan keluarga di Sarawak dibenar beroperasi 1 Nov - JPBN
Pusat Hiburan Keluarga atau pusat karaoke berbilik di pusat beli-belah di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai Isnin ini, dengan pengoperasiannya perlu mematuhi SOP ketat yang ditetapkan.

Pelanggan, pemilik pusat hiburan dikompaun RM61,000
Serbuan jam 10 malam itu mengesan pusat karaoke ini beroperasi dengan menutup pintu hadapan dan hanya membuka pintu kecil di bahagian tepi.

COVID-19: Singapura lapor 88 kes jangkitan tempatan, tertinggi dalam tempoh setahun
Dalam kalangan kes baharu itu, 42 dikaitkan dengan kluster di Pelabuhan Perikanan Jurong selain 25 kes dikaitkan dengan kluster KTV.

Kelab malam, pub dan pusat karaoke kekal tidak dibenarkan beroperasi - Ismail Sabri
Ketiga-tiga perniagaan itu tidak pernah diberi kebenaran dan kekal berada dalam senarai larangan beroperasi.