Sering kali menjadi mangsa nahas jalan raya, populasi Tapir Malaya di negara ini berdepan ancaman.
Antaranya pembangunan pesat yang mengakibatkan habitat mereka terjejas.
Menurut Pengarah Bahagian Konservasi Biodiversiti, Jabatan Perhilitan, Salman Saaban, kes nahas jalan raya melibatkan haiwan itu didapati semakin meningkat.
Berdasarkan rekod, katanya terdapat 32 ekor tapir dilanggar dalam tempoh lima tahun sehingga 2015.
"Secara purata bermula 2006-2013 purata Tapir yang dilanggar dalam 5-6 ekor setahun tetapi pada 2014, sebanyak 13 ekor tapir direkodkan telah mati dilanggar kereta, lori dan kenderaan. Trend peningkatan itu menujukkan habitatnya semakin terancam dan diganggu,"katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Warna hitam-putih menjadi keunikan spesis Tapir Malaya
BACA: 5 fakta menarik mengenai 'tembikai bergerak' hutan
Beliau berkata, akibat habitat yang terjejas, tapir ini berkeliaran di kawasan tepi jalan untuk keluar mencari makanan.
Katanya, populasi tapir paling terancam yang dikenal pasti termasuk Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Johor.
"Tapir dia akan keluar ke kebun-kebun penduduk untuk mencari makanan disebabkan habitatnya di dalam hutan telah diganggu," katanya.
Bagi mencegah tapir daripada menjadi mangsa nahas jalan raya, Jabatan Perhilitan mengambil langkah meletakkan papan tanda khas di lokasi 'hotspot' lintasan hidupan liar.
Selain itu, Salman berkata, pembinaan laluan hidupan liar di beberapa kawasan koridor ekologi seperti di Sungai Deka, Hulu Terengganu, Sungai Yu, Kuala Lipis dan di Gerik, Perak diharapkan dapat mengurangkan risiko tapir mati dilanggar kenderaan.
"Dengan adanya viaduct, hidupan liar termasuk tapir boleh melintasi jalan dengan selamat," katanya.
Tapir Malaya, bukan hanya spesies tapir yang unik di Malaysia, menurut Salman, tapir juga memainkan peranan penting dalam ekosistem iaitu sebagai agen penyebaran biji benih di dalam hutan.
Tapir Malaya (Tapirus indicus) merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan dikategorikan sebagai terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).
Populasi Tapir Malaya di Malaysia dianggarkan sekitar 1,100 hingga 1,500 ekor dan ia hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia.
Tan Su Lin
Sun Dec 06 2015
Menurut Pengarah Bahagian Konservasi Biodiversiti, Jabatan Perhilitan, Salman Saaban, kes nahas jalan raya melibatkan haiwan itu didapati semakin meningkat. - Gambar Fail
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Perhilitan Johor rampas tiga burung terancam
Operasi tersebut yang dijalankan ke atas sebuah premis itu berjaya merampas seekor burung Lang Kepala Kelabu, seekor burung Lang Siput dan seeker Grey Parrot.
'Abot' dan 'Rambai' bantu pemindahan tiga gajah liar ke Taman Negara
Dua ekor gajah denak bernama Abot dan Rambai turut digunakan bagi membantu kelancaran pemindahan tiga ekor gajah itu.
Anak gajah jatuh sungai diselamatkan di Mersing
Seekor anak gajah yang jatuh ke dalam Sungai Endau, dekat Kampung Orang Asli Tanah Abang, berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
Waspada buaya sesat ketika banjir - Jabatan Perhilitan
Pengarahnya Salman Saaban berkata ia tidak mustahil selepas mengambil kira laporan serta kajian kehadiran populasi buaya di sembilan sungai negeri ini sebelum ini.
Punca sebenar gajah mati di Kluang diketahui tiga bulan lagi
Daripada siasatan awal pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), tiga gajah terbabit mati akibat termakan racun.
Pusara di lebuh raya, populasi Tapir Malaya terancam
Berdasarkan rekod, terdapat 32 ekor tapir dilanggar dalam tempoh lima tahun sehingga 2015.