PUTRAJAYA: Satu kaji selidik mendapati purata gaji dan upah bulanan diterima pekerja di Malaysia meningkat 3.5 peratus kepada RM3,037 pada 2021 berbanding RM2,933 pada 2020.
Laporan Survei Gaji dan Upah Malaysia 2021 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan menyatakan, terdapat 9.7 juta penerima gaji dan upah di negara ini pada 2021 bertambah sebanyak 3.4 peratus berbanding 9.4 juta orang pada tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata, peningkatan gaji dan upah bulanan sebahagiannya disumbangkan oleh aktiviti ekonomi serta sosial yang berterusan pada separuh kedua 2021 setelah negara dilanda pandemik COVID-19.
Laporan kaji selidik itu mengandungi statistik utama gaji dan upah iaitu penengah dan purata gaji dan upah bulanan mengikut ciri-ciri demografi serta sosioekonomi berdasarkan kaji selidik yang dijalankan dari Januari hingga Disember 2021 ke atas semua isi rumah di seluruh negara.
Menurut laporan itu, nilai penengah gaji dan upah bulanan mencatatkan peningkatan daripada RM2,062 pada 2020 kepada RM2,250 pada 2021.
"Pada 2021 didapati penengah gaji dan upah bulanan yang diterima oleh pekerja lelaki adalah RM2,315 dan pekerja perempuan RM2,145 iaitu masing-masing meningkat 10.6 peratus dan 6.2 peratus berbanding 2020.
"Purata gaji dan upah bulanan pekerja lelaki meningkat 4.1 peratus kepada RM3,085 dan pekerja perempuan meningkat 2.7 peratus kepada RM2,968 berbanding tahun sebelumnya," kata Mohd Uzir.
Beliau berkata, nilai penengah dan purata gaji juga upah bulanan untuk pekerja berpendidikan di peringkat tertiari mencatatkan peningkatan iaitu RM3,794 pada 2021 berbanding RM3,499 pada 2020.
"Keadaan ini memberi isyarat bahawa ekonomi Malaysia berada dalam momentum pemulihan," katanya.
Ketua Perangkawan itu berkata, berdasarkan laporan tersebut, Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya mencatatkan purata gaji dan upah bulanan tertinggi iaitu sebanyak RM4,504 diikuti Kuala Lumpur (RM4,013), Selangor (RM3,543), WP Labuan (RM3,268), Pulau Pinang (RM3,080) dan Negeri Sembilan (RM3,045).
- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Peningkatan gaji dan upah bulanan sebahagiannya disumbangkan oleh aktiviti ekonomi serta sosial yang berterusan pada separuh kedua 2021 setelah negara dilanda pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Purata gaji, upah bulanan pekerja meningkat 3.5 peratus pada 2021
Putrajaya mencatatkan purata gaji dan upah bulanan tertinggi iaitu sebanyak RM4,504.

Purata gaji rakyat Malaysia meningkat 5.3 peratus pada 2015
Purata gaji dan upah bulanan rakyat Malaysia meningkat 5.3 peratus kepada RM2,312 pada 2015 berbanding RM2,193 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.