TUMPAT: Punca seorang wanita dilarikan empat individu di Kampung Semat Jal, Palekbang di sini pada Selasa lepas dipercayai ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati suami mangsa dipercayai terlibat dalam kumpulan sindiket tertentu.
"Setelah siasatan dibuat kita dapati suami kepada wanita ini ada terlibat dalam satu sindiket yang menyalahi undang-undang.
"Ketua Siasatan Jenayah telah mengadakan perbincangan dengan beberapa jabatan termasuk Bukit Aman untuk kesan di mana wanita ini berada dan kita juga hubungi counter part kita di negara jiran untuk sama sama membantu.
"Insiden ini bukan sesuatu yang boleh berlaku kepada semua orang, insiden ini adalah kerana melibatkan sindiket kerana ahli sindiket mengenali satu sama lain mengetahui ada di mana keadaan biasa tak ada kejadian begini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Susulan itu pihaknya menahan tiga individu termasuk suami mangsa yang berusia 36 tahun serta seorang wanita di kawasan Tumpat semalam.
Beliau turut memaklumkan, suami mangsa turut mempunyai dua rekod jenayah lampau manakala seorang lagi individu mempunyai 7 rekod jenayah lampau.
Ketiga-tiga individu berusia dari 35 hingga 47 tahun ditahan reman empat hari sehingga 17 September.
Muhamad Zaki berkata, operasi sedang dijalankan termasuk memohon bantuan pihak berkuasa di Thailand bagi mengesan wanita berkenaan.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki tidak menolak kemungkinan mangsa mengetahui kegiatan suaminya dan berlaku perselisihan antara suami mangsa dan kumpulan sindiket.
Beliau berkata operasi pada hari kejadian berjaya mengesan kereta yang digunakan yang ditinggalkan berhampiran pangkalan haram di Kuala Jambu, Tumpat.
Setakat ini pihak keluarga dan polis tidak nenerima panggilan meminta wang tebusan.
Polis juga sudah mengenal pasti kumpulan sindiket terlibat dan pada masa sama operasi besar-besaran sedang digerakkan.
Semalam media melaporkan seorang wanita berusia 36 tahun dibawa lari oleh empat individu menaiki sebuah kereta berwarna perak.
Muhafandi Muhamad
Thu Sep 15 2022

Muhammad Zaki ketika sidang media berhubung kes seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Tumpat. Foto BERNAMA

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Kes culik wanita di Kulai: Polis tahan sembilan lelaki
Sepasukan polis dari JSJ Kontinjen Johor dan Bukit Aman telah melakukan tangkapan terhadap suspek di beberapa lokasi di Johor, N. Sembilan dan Selangor.

Urus niaga dadah motif wanita diculik, nilai tebusan RM100,000
Urus niaga berkaitan dadah disyaki motif penculikan seorang wanita di hadapan kedai serbaneka di Jalan Sentul, di sini, dengan nilai tebusan RM100,000.

Punca wanita diculik dipercayai ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah - Polis
Siasatan awal mendapati suami mangsa dipercayai terlibat dalam kumpulan sindiket tertentu.