SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca serta pihak yang bertanggungjawab berhubung kemalangan maut melibatkan seorang pekerja lelaki akibat dilibas bilet besi yang diangkat menggunakan kren gerak atas (OTC) pada Jumaat lepas.
JKKP Selangor dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kemalangan yang melibatkan pekerja tempatan berusia 51 tahun itu berlaku kira-kira jam 10 pagi di sebuah kilang pembuatan logam yang terletak di Jalan Waja Bukit Raja Industrial Estate, Klang.
Jabatan itu memaklumkan sepasukan pegawai penyiasat diarah menjalankan siasatan sejurus menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.
"Daripada siasatan awal yang dijalankan, didapati bahawa mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penyenggaraan 'tundish' yang terletak di laluan OTC di bahagian sekerap.
"Bagaimanapun setelah meletakkan bilet besi di bahagian sekerap yang diangkat dari tempat pemunggahan, operator OTC menyedari mangsa telah terbaring di kawasan tersebut," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu memaklumkan ketika ditemui, mangsa dalam keadaan cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.
Susulan itu, JKKP Selangor mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian kepada pihak majikan dan Notis Larangan Serta-Merta juga dikeluarkan bagi menghentikan kerja-kerja mengangkat menggunakan OTC, selain Notis Pembaikan untuk mengadakan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja penyenggaraan jentera.
"JKKP Selangor akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati berlaku pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022

Ketika ditemukan, mangsa dalam keadaan cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan. -Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Punca kejadian pekerja maut dilibas bilet besi disiasat
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di sebuah kilang pembuatan logam yang terletak di Jalan Waja Bukit Raja Industrial Estate, Klang.