Pulau Seduku dan habitat buaya di Pulau Seduku, saling berkait.

Maka tidak hairan lah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengumumkan mahu mewartakan Pulau Seduku sebagai Pusat Santuari Buaya.

Hasrat itu pernah dikongsikan beliau kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Abang Johari Openg sebelum ini.

"Saya pernah berbincang dengan Ketua Menteri yang dahulunya Menteri Pelancongan Sarawak bahawa saya nak namakan Pulau Seduku sebagai Pusat Santuari Buaya.

"Di situ, boleh dijalankan penyelidikan buaya dan sebagainya satu tarikan. Buaya itu sendiri sudah jadi daya tarikan, begitu juga dusun buah-buahan," katanya.

Pulau Seduku dijadikan santuari buaya.

Menurut beliau, apabila cadangan itu dilaksanakan, Pulau Seduku bakal meningkatkan lagi jumlah pelancong.

"Kita boleh wujudkan chalet, selain kita boleh menikmati dusun buah-buahan tetapi disertakan pakej Pusat Santuari Buaya," katanya.

Dalam pada itu, Rohani turut mengambil kesempatan menasihati mana-mana pihak atau individu yang singgah ke Pulau Seduku untuk menjadi warga yang mementingkan kebersihan.


Pulau Seduku bakal meningkatkan lagi jumlah pelancong.

INFO

* Pada tahun 1980-an, masyarakat di Sarawak pernah gempar dengan kejadian seekor buaya ganas bergelar 'Bujang Senang' yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, menyerang dan membaham beberapa mangsa.

* Dikisahkan, dalam kalangan manusia yang menjadi mangsa Bujang Senang, tiada seorang pun daripada kaum Bidayuh kerana adanya perjanjian antara sang bedal dengan keturunan kaum Bidayuh.

* Sekitar 1982 sehingga 1991, reptilia ganas itu membaham 13 penduduk kampung. Selepas membunuh mangsa yang ke-14, haiwan itu dibunuh pemburu berbangsa Iban dan anggota polis pada 22 Mei 1992.

* Terdapat dua jenis buaya di Malaysia, iaitu buaya tembaga (Crocodylus Porosus) yang turut dikenali sebagai buaya katak, buaya muara dan buaya air masin dan buaya Jejulong atau Malayan gharial.

* Bujang Senang adalah daripada spesies buaya tembaga.