GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan melaksanakan semula kutipan Fi Hotel di semua hotel berdaftar di negeri itu bermula 1 Julai ini selepas ia dihentikan sejak dua tahun lepas berikutan wabak COVID-19.
Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) negeri Yeoh Soon Hin berkata kadar bayaran untuk Fi Hotel itu adalah sama sebelum inisiatif pengecualian ia dilaksanakan bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun ini.
"Kadar bayaran fi adalah tetap sama seperti sebelum ini, iaitu bagi hotel empat dan lima bintang adalah RM3 bagi satu bilik/satu malam dan kadar RM2 (satu bilik/satu malam) bagi hotel tiga bintang dan ke bawah termasuk dormitori, hotel bajet, hostel dan rumah tumpangan.
"Kegiatan aktiviti pelancongan telah dirancakkan semula sejak pembukaan semula pintu sempadan negara pada 1 April lepas dan jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Pinang amat menggalakkan.
"Setelah mengadakan perbincangan dengan pemain-pemain industri dan mendapat persetujuan mereka, maka Pulau Pinang akan melaksanakan semula kutipan Fi Hotel di hotel-hotel berdaftar mulai 1 Julai ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Persatuan Pengusaha Hotel Pulau Pinang Datuk Lim Mee Lee, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Pulau Pinang Tony Goh dan Pengerusi Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia Andy Lau.
Mengulas lanjut, Yeoh berkata Fi Hotel itu merupakan antara satu sumber pendapatan yang amat penting kepada Pulau Pinang untuk membantu aktiviti promosi, pemasaran dan pembangunan sektor pelancongan di negeri itu.
"Sebelum pandemik, pendapatan yang dapat dijana menerusi kutipan Fi Hotel ini adalah lebih RM5 juta bagi setiap tahun, sebenarnya bukan Pulau Pinang sahaja mengutip Fi Hotel sebaliknya banyak negeri lain turut berbuat demikian namun dengan pelbagai nama, contohnya Langkawi mengenakan cukai warisan bagi penginapan hotel di sana," katanya.
Sementara itu, Lau berkata pihaknya menyambut baik langkah kerajaan negeri melaksanakan semula kutipan Fi Hotel dan berharap pendapatan yang dijana menerusinya dapat meningkatkan lagi promosi Pulau Pinang ke peringkat antarabangsa.
''Kami menyokong usaha ini dan berharap industri pelancongan Pulau Pinang akan terus berkembang dan mampu menarik pelancong antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022
Kegiatan aktiviti pelancongan telah dirancakkan semula sejak pembukaan semula pintu sempadan negara pada 1 April lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Mahkamah Agung AS sokong haramkan TikTok
Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada Jumaat memutuskan untuk mengekalkan undang-undang yang mengharamkan TikTok di negara itu atas alasan keselamatan negara, melainkan syarikat induk aplikasi tersebut, ByteDance dari China, menjualnya.
Kegagalan bukan pilihan - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar, Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, pada Jumaat menegaskan bahawa "kegagalan bukan pilihan" bagi perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Penyertaan UK dalam CPTPP buka laluan lebih mudah pelaburan untuk Malaysia - PM
UK secara rasmi menyertai CPTPP pada 15 Disember tahun lalu, menjadikannya negara Eropah pertama menyertai blok perdagangan Asia-Pasifik.
Lawatan kerja PM Anwar ke London raih potensi pelaburan RM11 bilion
Kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing selepas beliau dan delegasi mengadakan siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK.
Generasi muda Malaysia perlu ada keberanian tolak rasuah, ekstremisme - PM Anwar
Meskipun Malaysia berbilang kaum dan aman, terdapat pihak yang cuba memecahbelahkan negara dengan ekstremisme perkauman dan agama.
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin
Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pulau Pinang laksana semula Fi Hotel bermula 1 Julai
Pulau Pinang akan melaksanakan semula kutipan Fi Hotel di semua hotel berdaftar di negeri itu bermula 1 Julai ini selepas ia dihentikan sejak dua tahun lepas berikutan wabak COVID-19.