GEORGE TOWN: Persidangan Penuaan Sihat ASEAN Ketiga 2024 (ACHA 2024) pada 30 Julai hingga 1 Ogos depan, menawarkan peluang berkongsi, berinteraksi, bekerjasama dan mendapat kemahiran praktikal daripada pakar penjagaan kesihatan golongan berumur dalam semua disiplin.
Bertemakan Ageing Successfully - Equitably, Actively and Naturally, persidangan itu bertujuan membuka jalan bagi memahami dan menangani cabaran ditimbulkan oleh penduduk yang semakin tua.
Pengerusi Penganjur ACHA 2024 yang juga Presiden Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS) Prof Dr Shahrul Bahyah Kamaruzzaman berkata persidangan anjuran MHAS itu menyaksikan 22 penceramah antarabangsa, 38 penceramah tempatan dan 500 lebih delegasi mengambil bahagian dalam program selama tiga hari.
"Ketika kita memasuki Dekad Penuaan Sihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ACHA 2024 bertujuan menyediakan platform aktif untuk profesional penjagaan kesihatan, penyokong penuaan sihat, industri serta komuniti dalam rantau ASEAN.
"Untuk membentangkan hasil kerja terbaharu, bertemu, berbincang dan menjalin rangkaian dengan rakan sejawatan dari rantau ini dan luar negara bagi berkongsi amalan terbaik dan pengetahuan dalam peningkatan penuaan sihat dan populasi tua di rantau ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Shahrul Bahyah berkata simposium yang memberi tumpuan kepada populasi khas, pengajaran daripada pandemik, kesihatan digital, intervensi gaya hidup serta pelbagai sesi menarik lain turut diatur bagi memaksimumkan peluang pembelajaran.
Menurutnya, penyampaian menerusi ceramah khas, bengkel, seminar dan bengkel prapersidangan membolehkan profesional dan masyarakat terus belajar, meningkatkan dan memperkaya pengetahuan mereka yang akan diterjemahkan kepada penjagaan lebih baik terhadap warga emas.
"Dengan barisan penceramah antarabangsa dan tempatan yang hebat, kami yakin ada sesuatu disediakan untuk semua menghadiri persidangan ini," katanya.
Mengenai kesediaan Malaysia menghadapi populasi menua, Shahrul Bahyah yang juga Profesor Perubatan Geriatrik di Fakulti Perubatan Universiti Malaya berkata negara mula menunjukkan tanda-tanda pelaburan dalam masa depan hari tua.
Shahrul Bahyah berkata usaha terkini kerajaan melalui Bank Dunia untuk mewujudkan rangka tindakan kebangsaan mengenai penuaan adalah satu daripada usaha untuk mempersiapkan diri dan beliau percaya MHAS boleh melakukannya selain menyeru semua kementerian serta pihak berkepentingan untuk mempromosikan agenda negara kita yang menua.
Beliau berkata persidangan ini merupakan satu daripada usaha bertujuan mewujudkan pendidikan, kesedaran dan peluang pembelajaran bagi setiap peringkat profesional penjagaan kesihatan dan disiplin berkaitan serta pihak berkepentingan lain.
"Kami melakukan ini dengan membawa semua pihak berkepentingan berkaitan bersama-sama mewujudkan ekosistem 'mesra umur' dalam sistem dan komuniti penjagaan kesihatan kami," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Kesihatan atas sokongan ditunjukkan terhadap ACHA 2024 dan berharap kementerian lain khususnya agensi kerajaan terlibat dalam penjagaan warga emas akan menghantar wakil.
"Perwakilan akan mendapat banyak manfaat yang akan dikongsi oleh penceramah terkenal antarabangsa mengenai pelbagai topik mengenai penuaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
ACHA 2024 bertujuan menyediakan platform aktif untuk profesional penjagaan kesihatan, penyokong penuaan sihat, industri serta komuniti dalam rantau ASEAN. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Lelaki cedera mata dalam pergaduhan kini stabil
Lelaki yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan dengan seorang warga asing Sabtu lepas, telah selesai menjalani pembedahan mata dan keadaannya stabil.
Kontena hempap kereta: Ibu mahukan keadilan buat mangsa
Ibu pemandu wanita yang maut selepas keretanya dihempap kontena terjatuh daripada sebuah treler di Jalan Bukit Tengah mahu pihak bertanggungjawab dalam nahas itu dikenakan tindakan.
Polis tembak mati 3 lelaki geng pecah rumah, seludup senjata api
Polis menembak mati tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan seludup senjata api, pecah rumah dan curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.
Polis sahkan cinta tak berbalas punca dua beranak dibunuh
Polis mengesahkan cinta tidak berbalas menjadi punca seorang wanita dan bapanya maut dibunuh seorang lelaki di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam Khamis lepas.
Juruukur tanah didakwa cuba bunuh dua polis
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota polis di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Rabu.
Printhero pertimbang guna pelampung stabilkan muzium feri terapung - SPPP
Syarikat itu akan menjalankan kerja-kerja mengenal pasti dan menampal kebocoran sebelum feri berkenaan dibawa ke lokasi akhir.
Kebocoran paip IWK punca lubang benam di Pantai Jerejak
Insiden lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak dekat sini hari ini berpunca daripada kebocoran paip Indah Water Konsortium (IWK).
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM300,000
Tiga lelaki dan tiga wanita ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya di sekitar Pulau Pinang.