PELABUHAN KLANG: Pulau Ketam merupakan satu daripada pintu masuk pilihan penyeludup dan pendatang tanpa izin menceroboh negara ini berikutan lokasinya berhampiran negara jiran, kata polis.
Penolong Pengarah Pengoperasian Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Supt Ahmad Radzi Hussain berkata jarak di antara Pulau Ketam dan Tanjung Balai, Indonesia terlalu dekat iaitu kira-kira 20 hingga 30 batu nautika.
Ia mengambil masa perjalanan kurang daripada sejam menggunakan bot.
“Kedudukan pulau itu yang terletak berhampiran Rumah Api, One Phantom Bank juga memainkan faktor pulau itu menjadi pilihan.
"Oleh itu, Pulau Ketam ini menjadi perhatian penyeludup barangan kontraban seperti rokok dan arak selain menjadi transit bagi tekong darat untuk membawa masuk pendatang tanpa izin," katanya kepada pemberita selepas melakukan rondaan di pulau itu di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Radzi berkata sejumlah 242 pendatang tanpa izin ditahan oleh PGA dalam tempoh 1 Jan hingga 26 April dan pasukan itu juga merampas pelbagai barang seludup yang dianggar bernilai RM5.3 juta, antaranya rokok dan arak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021

Pulau Ketam merupakan satu daripada pintu masuk pilihan penyeludup dan pendatang tanpa izin menceroboh negara ini berikutan lokasinya berhampiran negara jiran. -Google Maps

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Suspek kes tembak di Setia Alam sempat lakukan lima jenayah sebelum sembunyi di Pulau Ketam
Suspek sempat melarikan diri dari Klang ke Melaka, dan berada di sana selama lima hari sebelum berpatah balik ke Banting, dan dua hari lepas dikesan di Sabak Bernam.

Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.

Pencarian kru kapal jatuh laut ditamatkan
Keseluruhan keluasan pencarian adalah 159.36 batu nautika persegi iaitu di perairan Selangor berdekatan sempadan Malaysia - Indonesia.

Maritim, TLDM kerah aset cari kru kapal jatuh laut
Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata, kapal yang berasal dari Taiwan berkenaan dalam perjalanan menuju Pelabuhan Mauritius, Afrika.

Tekong lari tinggalkan 200kg daun ketum
Bot ronda pasukan tersebut mengesan sebuah sampan di sempadan laut Malaysia-Thailand pada jam 4.30 pagi.

Pulau Ketam lokasi penyeludup, pendatang tanpa izin ceroboh negara - Bukit Aman
Kedudukan pulau itu yang terletak berhampiran Rumah Api, One Phantom Bank juga memainkan faktor pulau itu menjadi pilihan.

276 individu dikompaun, seorang direman ingkar PKP
Polis menahan seramai 277 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang 24 jam yang lalu.

Penduduk risau wujud fenomena 'Bukit Malut 2' di Kuala Perlis
Penduduk setempat bimbang terhadap keselamatan mereka dan jika perkara itu tidak dibendung dari awal akan mengubah perkampungan nelayan Kuala Perlis sebagai pusat transit pendatang asing.

JPN buat laporan terhadap penulis blog sebar maklumat palsu
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung penularan gambar di media sosial yang mendakwa pejabatnya di Putrajaya diserbu pendatang asing untuk mendapatkan status kewarganegaraan

Empat nelayan hilang di Pelabuhan Klang ditemui selamat
Mangsa telah keluar ke laut sejak Ahad lepas namun bot mereka hanyut ke Pulau Ketam hingga ke Permatang Sedepa sebelum ditemui oleh bot nelayan lain dan ditunda ke jeti Pulau Ketam.