ALOR SETAR: Polis menahan dua wanita warga China bersama seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyamun secara pukau di sekitar bandar raya Alor Setar.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, semua suspek ditahan menerusi Op Gagak yang digerakkan pada 11.45 pagi, selepas sepasukan pegawai dan anggota mengekori kereta mereka di Simpang Kuala di sini.
Katanya, operasi ini dilakukan berikutan satu laporan polis dibuat seorang suri rumah lingkungan usia 70 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang kerugian hampir RM110,000 baru-baru ini.
"Ketiga-tiga kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.
“Siasatan awal membawa kepada pengakuan suspek lelaki tempatan berusia 24 tahun yang mengaku bertindak sebagai pemandu kepada dua wanita warga China yang berusia 47 dan 55 tahun yang menjalankan aktiviti penipuan secara pukau bersemuka dengan menyasarkan warga emas," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Wan Hassan berkata, polis merampas seutas jam tangan jenama Rolex, dua utas rantai leher dan sebentuk cincin perak disyaki emas putih, tujuh pasang subang emas, enam utas rantai leher, empat utas gelang kaki emas dan lima bentuk cincin emas.
Turut dirampas, bar bertulisan disyaki emas, sepasang subang perak, empat loket emas serta wang tunai bercampur-campur bernilai RM1,667, berserta wang tunai mata wang Yuan China bernilai 700 yuan, mata wang Hong Kong bernilai 1,000, beg silang biru serta tiga telefon bimbit dan sebuah kereta Honda City," katanya.
Katanya lagi, sindiket itu dipercayai aktif sejak dua bulan lalu dengan menyewa kenderaan di sekitar bandar raya bertujuan sukar dikesan polis.
“Modus operandi mereka dengan mengenal pasti mangsa di sekitar pasar pagi dan berpura-pura meminta bantuan kewangan dengan alasan mempunyai saudara yang sakit.
"Mereka akan mendorong mangsa untuk menyerahkan wang, barang kemas atau barangan berharga dan menjanjikan pulangan semula yang lumayan sebagai balasan terhadap bantuan diberikan.
"Bagaimanapun sewaktu pemulangan semula bantuan terbabit, mangsa mendapati hanya terdapat air mineral dan garam yang diletakkan dalam sampul," ujarnya.
Wan Hassan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Apr 14 2023
Semua suspek ditahan menerusi Op Gagak yang digerakkan selepas sepasukan pegawai dan anggota mengekori kereta suspek di Simpang Kuala Alor Setar. - Foto PDRM
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Disember 2024
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih
Suspek yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa, bertindak terjun pada ketinggian 10 meter dan disahkan meninggal dunia.
Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Disember 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
Harmony Kitchen Gaza salur makanan kepada 4,000 penduduk sehari
Rakyat Malaysia tidak lupa untuk terus memberi sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.
Pukau dan samun warga emas, dua wanita warga China ditahan
Polis menahan dua wanita warga China bersama seorang lelaki tempatan selepas terlibat dalam kegiatan menyamun secara pukau di sekitar Bandaraya Alor Setar.