KOTA KINABALU: Puasa individu yang berbuka puasa lebih awal kerana mengikut azan di radio adalah dikira batal dan wajib puasa itu diganti semula selepas Ramadan.
Itu penjelasan daripada Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berhubung seorang penyampai radio di sebuah stesen radio tempatan yang menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal pada hari pertama Ramadan dan menyebabkan ada umat Islam yang berbuka puasa lebih awal dari waktu sepatutnya pada Ahad.
Jelasnya lagi, waktu berbuka puasa adalah bersandarkan kepada terbenamnya matahari berdasarkan nas syarak dan bukannya bersandarkan kepada laungan azan di radio atau seumpamanya serta keadaan langit pada ketika itu.
"Usaha pihak radio menyiarkan azan sebagai tanda masuk waktu dan berbuka merupakan usaha murni yang sangat baik.
"Namun begitu, pihak radio perlu lebih teliti dan cermat dalam perkara ini bagi mengelakkan daripada berulang perbuatan mengumandangkan azan awal dari waktunya pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sehubungan itu, Bungsi menasihatkan umat Islam supaya sentiasa cermat dan berhati-hati berkaitan waktu berbuka puasa.
"Turut disarankan kepada umat Islam agar merujuk kepada takwim berbuka puasa yang telah dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti demi memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang," katanya.
Sebelum itu, seorang penyampai radio, Mohd Safwan Junit di Tawau tampil memohon maaf menerusi laman Facebooknya selepas dilaporkan menyiarkan azan Maghrib pada jam 6.16 petang sedangkan waktu sebenar ialah 6.20 petang.
Dalam permohonan maaf turut berkata, perkara itu berlaku secara tidak sengaja dan disebabkan kesilapan teknikal.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini
Sinar Harian
Mon Apr 04 2022
Puasa individu yang berbuka puasa lebih awal kerana mengikut azan di radio adalah dikira batal dan wajib puasa itu diganti semula selepas Ramadan, kata Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar. - Gambar SINAR HARIAN
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Tradisi tembakan meriam iftar di Libya dihidupkan semula selepas 48 tahun
Upacara pada hari pertama Ramadan itu telah diadakan di Algiers Square, dan dikawal selia oleh Perbandaran Tripoli Tengah.
Polis buru lelaki tetak empat sekeluarga ketika waktu berbuka puasa
Lelaki itu adalah Mohd Adi Hashim yang bekerja di sebuah ladang nanas dan beralamat terakhir di No. 1003, Blok 12, Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi.
Puasa terbatal jika berbuka lebih awal sebab kesilapan azan radio
Waktu berbuka puasa bersandarkan kepada terbenamnya matahari berdasarkan nas syarak dan bukannya bersandarkan laungan azan di radio.
Dentuman bunga api ubati kerinduan penduduk Terengganu terhadap kemeriahan Ramadan
Bunyi dentuman bunga api yang dilancarkan pada ketinggian 600 meter dari aras laut itu adalah tradisi di Terengganu setiap kali Ramadan iaitu sekali waktu berbuka puasa dan dua kali untuk waktu imsak.