PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam sidang media khas, hari ini.
"Apakah akan ada PT3 untuk tahun 2022? Jawapannya pada 2022 PT3 dimansuhkan. Jadi, mulai tahun ini tidak ada PT3... ia dimansuhkan.
"Sewaktu sebelum pandemik, PT3 adalah dilaksanakan di sekolah di mana guru-guru menjana soalan-untuk murid-murid mereka dan peperiksaan dilaksana di di bawah kawalan sekolah, dan hari ini (KPM) membuat keputusan bahawa PT3 akan dimansuhkan mulai tahun ini," katanya dalam sidang media tersebut, di sini.
Sebelum ini, KPM memaklumkan PT3 bagi tahun 2021 dibatalkan.
Mengulas lanjut, Radzi berkata, dalam usaha untuk memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kementerian akan menambah baik dengan melaksanakan Pentaksiran Sumatif melalui ujian akhir tahun.
"Dalam konteks ini bagi memperkasa Pentaksiran Sumatif, kita akan memantapkan ujian akhir sesi akademik di sekolah rendah untuk lima mata pelajaran (darjah 4 hingga 6), manakala di sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 3) melibatkan semua mata pelajaran.
"Soalan ini akan disediakan melalui satu bank soalan. Pihak kementeian akan menyediakan soalan mengikut tahap tertentu dan dijana oleh guru di sekolah. Set soalan ujian akhir tahun ini oleh guru sekolah di mana pelaksanaannya lebih fleksibel," ujarnya lagi.
Jelas beliau, bagi sekolah rendah, KPM hanya akan membuat soalan membabitkan lima subjek iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah, manakala soalan bagi subjek-subjek lain akan disediakan oleh guru-guru di sekolah.
"Kita lihat di sini lima mata pelajaran ini akan membantu guru-guru untuk melihat anak-anak didik mereka berjaya menguasai mata pelajaran yang dipelajari mereka pada akhir tempoh pembelajaran tersebut.
"Bagi pihak KPM, maklumat-maklumat ini akan dapat membantu kementerian secara lebih menyeluruh untuk melihat di seluruh negara tentang pencapaian murid-murid dalam konteks subjek yang disebut tadi.
"Ini membantu kita melihat khususnya dalam perkara literasi bagi membolehkan intervensi dibuat di peringkat negeri, daerah, dan sekolah," katanya.
Menerusi pendekatan itu juga, Radzi berkata, pihak sekolah boleh menetapkan tarikh-tarikh peperiksaan yang akan dilaksanakan, dan ia tidak dijalankan secara serentak di seluruh negara.
Beliau juga memberitahu, bank soalan itu akan ditentukan pihak sekolah selepas dimaklumkan KPM untuk satu tempoh tertentu.
Dalam pada itu, Radzi menambah ia bukanlah peperiksaan pusat, sebaliknya satu kaedah untuk membuat penyelerasan soalan-soalan standard bagi membolehkan pihaknya menambah baik sistem pendidikan negara.
Menurutnya, apa jua keputusan tidak akan digunakan untuk membandingkan prestatsi pelajar, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mahupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Hasimi Muhamad
Thu Jun 02 2022
Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
PT3 dimansuhkan mulai tahun ini - Radzi Jidin
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam sidang media khas, hari ini.