Kerajaan Negeri Sabah disarankan supaya mengkaji semula pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sebelum ia dikuat-kuasakan pada Jun ini.
Pensyarah Kanan (Hubungan Antarabangsa), Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Sabah, Dr Asri Salleh berpandangan sistem pentadbiran PSS perlu diperkemaskan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.
Ini kerana, ia dibimbangi disalah guna oleh pihak tertentu yang boleh menjejaskan matlamat asal pelaksanaan dokumen itu.
“Sepatutnya kerajaan tidak boleh tergesa-gesa perkara ini. Dia (kerajaan Negeri) sepatutnya betul-betul membuat kajian dan mereka masih ada masa tiga tahun (sebelum Pilihan Raya Umum ke-15).
“Sepatutnya selesaikan dahulu masalah PTI (pendatang tanpa izin) yang ada, selesaikan yang ini, kemudian buat kajian dan barulah laksanakan PSS,” katanya kepada Astro AWANI, di sini, pada Rabu.
Seperti yang dijelaskan kerajaan, Dr Asri mengakui pelaksanaan PSS adalah bagi menggantikan tiga dokumen yang telah diguna pakai sejak sekian lama di Sabah membabitkan warga asing.
Ia membabitkan Kad Burung-Burung, Kad Banci, dan IMM13.
Ujarnya, PSS adalah idea lama yang sebelum ini pelaksanaan dokumen itu dipanggil sebagai “Pass Residency”.
BACA: PSS selesaikan masalah PATI, bukan untuk jadi warganegara - Muhyiddin
BACA: Isu PSS: Pemimpin Warisan jangan keliru - Abdul Rahman Dahlan
BACA: Tunai janji PRU14 sebelum Warisan mahu laksana PSS - Mohd Shahar
Bagaimanapun, beliau berpandangan kerajaan wajar melaksanakan townhall (sesi penerangan) dan turun padang bagi memberikan penerangan terperinci mengenai PSS.
“Selepas itu barulah kerajaan fikirkan sama ada PSS ini patut diteruskan atau ditambah baik ataupun digantikan dengan satu inisiatif yang lain.
“Sekarang ini segala persoalan disebabkan oleh ketidakfahaman dan ia menyebabkan rakyat menjadi takut,” jelasnya.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PSS merupakan langkah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah PATI dan bukannya sebagai lesen menjadi warganegara sebagai mana didakwa sesetengah pihak.
Hasimi Muhamad
Wed Jan 15 2020
ASRI: Sepatutnya kerajaan tidak boleh tergesa-gesa perkara ini. - Astro AWANI
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
PSS perlu dikaji sebelum dilaksanakan
PSS dibimbangi akan disalah guna oleh pihak tertentu yang boleh menjejaskan matlamat asal pelaksanaan dokumen itu.