KUALA LUMPUR: Bilakah tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)? Itulah soalan yang kerap ditanya.
Namun, apa yang pasti, jawapannya sudah ada pada mereka yang terlibat langsung dalam peraduan kuasa ini. Mungkin. Semacam boleh dirasakan.
Ini kerana cakap-cakap mengenainya semakin hangat saban hari - dan ia terselah di pentas Dialog Bi-Partisan: Mengintai PRU15 yang akan ke udara pukul 8.30 malam ini di saluran 501 Astro AWANI.
Lima sosok kami tampilkan iaitu Ahli Dewan Negara merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Arman Azha Abu Hanifah; Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen; ADUN Pasir Pinji merangkap AJK Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee Chuan How; Ketua Pejuang Muda Malaysia, Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin dan Ketua Eksekutif IDEAS Malaysia, Dr. Tricia Yeoh.
Arman ditanya tentang mengapa Barisan Nasional (BN) begitu mendesak untuk PRU15 segera diadakan, apakah ia ada kaitan dengan usaha menjayakan pengampunan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah?
Rafiq yang mewakili Perikatan Nasional (PN) disoal berkenaan pendirian mereka terhadap Muafakat Nasional antara Pas dengan UMNO, ketika Pas juga adalah rakan komponen Bersatu dalam perikatan itu.
Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi akan menjadi taruhan sebagai ‘poster boy’ Pakatan Harapan (PH)?
Kenapa pula PH tidak mahu PRU15 disegerakan sedangkan sebelum ini asyik menyerang BN-PN kerana mentadbir negara tanpa mandat sebenar rakyat? Soalan itu kami ajukan kepada Howard.
Sementara Dr. Abu Hafiz pula ditanya mengenai kesanggupan Pejuang untuk bekerjasama dengan parti mana seandainya tiada satu pihak yang memenangi majoriti kelak, di samping persoalan sama ada parti itu adalah parti Tun Dr. Mahathir Mohamad semata-mata.
Kehadiran Tricia pula berperanan sebagai pengimbang untuk melihat kewajaran tindakan yang dirasakan ideal untuk membentuk kepimpinan yang stabil ketika negara memerlukannya untuk menyelesaikan timbunan krisis yang memberat di bahu setiap warganegara.
Apapun, diskusi malam ini hangat, kecoh, namun terkawal.
Matlamatnya tetap satu, untuk menghadirkan buah fikiran yang boleh dijadikan pertimbangan untuk setiap rakyat yang menonton dalam memilih siapakah yang bakal meneraju Malaysia apabila tiba waktunya untuk membuat undi di hari itu nanti.
Dalam usaha kami memberikan pemahaman serta penjelasan mengenai persediaan menghadapi pesta demokrasi Malaysia, anda semua dipelawa untuk menonton Dialog Bi-Partisan: Mengintai PRU15 malam ini jam 8.30, tidak lain hanya di saluran 501 serta secara strim di www.astroawani.com.
Israr Khalid
Thu Sep 08 2022
Apakah yang dapat kita jangkakan daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)? Mampukah gabungan parti politik yang ada membentuk kerajaan yang stabil?
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
63 sekolah persendirian Cina terima lebih RM20 juta
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM20 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara pada tahun ini.
Mayat kanak-kanak autistik ditemui dalam sungai
Jasad seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun yang dikhuatiri hilang ditemui lemas di Sungai Kedah.
Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis telah mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang pengurus akaun badan berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan wang untuk kegunaan peribadi bernilai kira-kira RM600,000.
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
AWANI Ringkas: Bantu negara jadi hebat- PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand
Lelaki itu ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.
Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Limpahan air Sungai Johor memburukkan situasi
Air Sungai Johor di tengah Kota Tinggi berpotensi melimpah, sekiranya hujan berterusan dan air pasang besar terjadi dalam waktu sama.
PRU15: Mampukah kerajaan gabungan yang stabil dibentuk? Saksikan Dialog Bi-Partisan malam ini...
Besar kemungkinan tiada parti yang boleh memperoleh majoriti. Namun dapatkah mereka temukan titik untuk membentuk kerjasama demi Malaysia?