ANCAMAN monyet di Teluk Cempedak, Kuantan antara lokasi pelancongan terkenal di negeri itu bukan satu isu baharu.
Malah ada pengunjung atau pelancong yang pernah dicederakan, gara-gara monyet mahu merampas makanan dari tangan mereka.
Ini tragedi yang pernah berlaku di kawasan ini.
29 Oktober 2019, seorang lelaki cedera di tangan selepas digigit seekor monyet di Teluk Cempedak.
8 November 2021, seorang bayi cedera selepas terjatuh ketika keluarganya dikejar sekumpulan monyet di kawasan peranginan itu.
Dari percutian, bertukar igauan ngeri buat mangsa serangan monyet di kawasan tumpuan pelancong itu.
ISU MONYET/KERA/BERUK BUKAN ISU BAHARU
Persoalan yang timbul, mengapa monyet di kawasan ini begitu agresif?
Atau sebenarnya disebabkan habitat spesies ini terganggu kehendak manusia yang mahukan pembangunan semata-mata?
Astro AWANI cuba menyelami isu yang tidak berpenghujung ini, meskipun tangkapan oleh Jabatan Perhilitan telah dilakukan.
Namun masih banyak monyet liar berkeliaran di sekitar kawasan ini.
Tinjauan penulis mendapati, tong-tong sampah menjadi lokasi utama monyet mendapatkan sisa makanan.
Tidak kurang juga, ada monyet yang bertindak merampas makanan dari tangan pengunjung.
SEJARAH KERA
Kera atau nama saintifiknya Macaca fascicularis merupakan daripada Order Primat yang dikenali juga sebagai kera berekor panjang.
Bergerak secara berkumpulan diketuai oleh kera Alfa jantan.
Sejak tahun 1974, 10,000 ekor kera dieksport dalam tempoh setahun ke luar negara bagi tujuan bahan penyelidikan, selain itu ada juga menjadi sumber makanan di sesetengah negara.
Mengikut data daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), pada tahun 1985 syor telah dibuat oleh Unit Primat, Jabatan Perhilitan supaya larangan menangkap kera atau beruk untuk dieksport demi menjaga kepentingan populasi spesies itu yang terancam.
Bagaimanapun, akibat pengharaman tersebut kera telah membiak dengan banyaknya sehingga menyebabkan kesan sampingan dirasai sekitar akhir tahun 1990 an sehingga kini.
Ia membawa kepada corak gangguan yang dicetuskan oleh haiwan itu di beberapa negeri maju dengan kepadatan penduduk yang tinggi.
APA LANGKAH SETERUSNYA DI TELUK CEMPEDAK?
Berbalik kepada lokasi di Teluk Cempedak, populasi kera terus mengusarkan peniaga dan pengunjung setempat.
Difahamkan, tindakan menangkap oleh Jabatan Perhilitan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah dilaksanakan sebelum ini.
Namun, masalah ini masih berlarutan sehingga mengundang rasa kurang selesa sesiapa yang datang ke sini.
Konflik diantara kera dan manusia ini, disumbangkan oleh beberapa faktor utama.
Memetik kajian Jabatan Perhilitan, salah satu faktor apabila kehilangan habitat menyebabkan hidup liar berkeliaran dan mencari makan di kawasan tidak sepatutnya termasuk penempatan manusia.
Ia menimbulkan konfik sehingga menyebabkan kecederaan kepada manusai, kemusnahan tanaman, kematian ternakan dan kemusnahan harta benda.
Selain manusia, kera liar juga berdepan risiko untuk dibunuh secara haram atau sah di sini undang-undang.
Ia mengakibatkan persepsi masyarakat terhadap spesies liar ini menjurus kepada tanggapan sebagai haiwan perosak.
Namun, adakah dengan cara menghalau dan membunuh mampu menyelesaikan masalah ini, atau pihak terbabit perlu mewujudkan habitat haiwan liar ini sebagai jalan penyelesaian?
ADA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
Bagi pengunjung, Johari Abdullah, 43, dari Cherating ini, isu kera bukan disebabkan haiwan liar berkenaan.
Namun baginya, disebabkan tangan-tangan manusia sehingga haiwan liar itu memasuki kawasan orang ramai.
"Monyet takda masalah bagi kita, bukan kita kacau dia, memang anak-anak pun takut.Tetapi monyet pun pun makhluk tuhan sama macam kita juga tiada beza pun.
"Kita tak kacau dia, dia pun tak kacau kita. Cuma sekarang ni, tengok macam bukit-bukit banyak kita kacau tempat dia, bukan dia kacau tempat kita jadi dia keluar semua habis lah," katanya.
Bagi Shafiee Mohamed Nor, 44, tindakan agresif monyet merampas makanan itu seharusnya diambil iktibar setiap pengunjung di sini.
Meskipun terdapat papan tanda memberi amaran, namun masih ramai tidak endah.
"Buat masa sekarang ni monyet ni ada satu tempat kat sini, bukan semua tempat kan.
"Monyet ini sensitif kepada telefon dan makanan (di tangan pengunjung), memang dia pergi ambik lah.
"Biasa kalau ada makanan dia ambik, kalau tak bagi dia akan serang. Kalau lalu tadi pun takda makanan dan telefon di tangan, okay je dia tak kacau," katanya.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, ada juga pengunjung yang memberi makan kepada monyet liar ini.
Tidak kurang yang bergambar bersama haiwan ini, dan dilihat tingkah lakunya menyenangkan serta jinak.
"Buat masa sekarang, kalau saya memang masalah besar sebab saya memang malu sikit dengan monyet.
"Tapi saya rasa kalau orang yang tak malu dengan monyet mesti suka. Saya ingat semua orang tahu la tak sepatutnya dia ada kt sini monyet ni lah," kata seorang lagi pengunjung, Azli Abdullah, 45, dari Sungai Buloh, Selangor.
BILANGAN TERLALU BANYAK
Kami bertemu dengan peniaga, ternyata mereka mahukan satu langkah penyelesaian diambil.
Bukan untuk mengusir monyet di kawasan itu, namun populasi haiwan liar itu dikawal.
"Masalah monyet bukan banyak, sikit je, yang mana dia boleh tarik pelancong mari.
"Pelancong datang bagi makan dia boleh ambik gambar, buat kenangan lagi.
"Jika tiada monyet, Teluk Cempedak pun takda apa yang menarik lagi, bagi saya lah," kata Loh Tian Song, 53, peniaga mainan di sini.
Bagaimanapun jelas Loh, bilangan monyet di kawasan itu kadang kala membimbangkan.
"Jika kasi makan, dia (monyet) jinak lah dia jadi kawan, jika tidak rompak itu sahaja.
"Ada kebaikan dan keburukan, bagi saya biar monyet terus ada di sini tapi terlalu banyak sangat.
"Kadang kala dua puak keluar (dari hutan),betul-betul banyak itulah masalah sekarang, jika sikit tiada masalah," katanya lagi.
SUDAH 20 TAHUN BERLARUTAN
Seorang lagi peniaga, Roha Wahid, 50, isu itu jelasnya telah berlarutan sejak 20 tahun lalu.
Setiap hari, dia terpaksa berkawal di hadapan kedai, bagi mengelakkan makanan dijualnya dibawa lari monyet.
"Memang selalu ambik makanan dekat sini macam roti semua tu.
"Kena, orang sini semua kena. Selesa tak selesa, sebelum ni Perhilitan ada mari dia tangkap, bila diorang buang monyet tu mari semula," katanya.
Tambah Roha, peniaga di kawasan itu sudah lali dengan kejadian serangan monyet, namun masih berharap ia dapat diselesaikan.
"Benda tu tak boleh lari, sana tempat dia, dekat Teruntum pun tempat dia juga.
"Dia ada dua puak, pagi dan petang memang dia mari.
"Berniaga dah 20 tahun lebih, setiap hari macam tu lah menghadap isu yang sama, ok tak ok, kita kena ok jela," katanya lagi.
Pemerhatian mendapati, terdapat kawasan hutan simpan di belakang Teluk Cempedak sehingga ke Hutan Lipur Bukit Pelindung.
Astro AWANI telah menghubungi Jabatan Perhilitan Negeri Pahang bagi mendapatkan maklumat berhubung isu ini dan menantikan jawapan dari mereka.
Fareez Azman
Thu Oct 27 2022
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, ada juga pengunjung yang memberi makan kepada monyet liar ini. - Astro AWANI
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Perlis cadang guna kaedah 'Pig Brig' atasi ancaman babi hutan
Kerajaan Perlis bercadang menggunakan kaedah perangkap 'Pig Brig' bagi mengatasi masalah ancaman babi hutan yang mengganggu penduduk.
Pihak berkuasa Thailand patahkan cubaan seludup 47 kera
Siasatan ke atas pemandu pikap mendapati haiwan itu akan dihantar ke wilayah Nong Khai, dekat dengan negara jiran Laos.
Perkataan 'kera' daripada Shahidan kepada Mohd Sany gamatkan Dewan Rakyat
Kata-kata itu pantas disanggah Mohd Sany yang menegaskan, sebagai orang lama, Shahidan sepatutnya memberi contoh yang baik kepada orang baharu dan tidak menggunakan perkataan seperti itu.
Terlanggar kera, penghantar surat maut
Menurut polis, mangsa dipercayai terlanggar seekor kera yang melintas jalan secara tiba-tiba sebelum tercampak ke atas jalan raya.
Lelaki didenda RM9,000 kerana zalimi kera
Perbuatan seorang lelaki menembak dan menyembur cat ke arah seekor kera yang berada di dalam perangkap membawa padah apabila dia didenda RM9,000.
Polis trafik, penunggang motosikal jadi hero selamatkan monyet cedera di lebuh raya
Tindakan agresif monyet itu menyebabkan salah seorang anggota polis trafik serba salah untuk mengambilnya kerana bimbang digigit.
Bukan potongan tangan manusia - Polis
Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat, berkata perkara itu disahkan selepas pemeriksaan dilakukan di Hospital Mukah.
Perhilitan terima lebih 38,000 aduan gangguan hidupan liar
Aduan gangguan hidupan liar melibatkan spesies kera adalah yang tertinggi iaitu 23,433 aduan diikuti babi hutan 4,662 dan gajah 2,538 aduan.
Diserang kera liar, bayi 3 bulan dapat 14 jahitan
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan menerima 14 jahitan di muka selepas diserang sekumpulan kera di Kampung Gelugor, Kemaman.