KUANTAN:Perbuatan seorang lelaki menembak dan menyembur cat ke arah seekor kera yang berada di dalam perangkap membawa padah apabila dia didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu, atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, ke atas Rozaman Ismail@Osman, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah menzalimi haiwan berkenaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 petang, 17 April lepas di sebuah rumah di Kempadang Utama, Astaka Village di sini dan dituduh mengikut Seksyen 86(1)(f) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam rayuannya, Rozaman yang bekerja sendiri memohon hukuman denda ringan kerana dia tidak mempunyai pendapatan tetap serta perlu menanggung isteri dan dua anak.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Ahmad Ikhwan Zainuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS dan masyarakat.
"Tidak dinafikan kehadiran hidupan liar seperti kera mengganggu ketenteraman awam, namun bukan tindakan yang betul untuk OKS menzalimi haiwan tersebut yang pada masa itu sudah berada di dalam perangkap," katanya.
Berdasarkan fakta kes, OKS merupakan individu dalam klip video yang tular pada April lalu, memaparkan seorang lelaki menembak seekor kera menggunakan senapang tiruan selain menyembur cat pada haiwan berkenaan yang termasuk ke dalam perangkap Perhilitan. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020
Seorang lelaki yang menembak dan menyembur cat ke arah seekor kera yang berada di dalam perangkap didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen, Kuantan pada Rabu.
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Lelaki didenda RM9,000 kerana zalimi kera
Perbuatan seorang lelaki menembak dan menyembur cat ke arah seekor kera yang berada di dalam perangkap membawa padah apabila dia didenda RM9,000.