AYER KEROH: Lebih 2,000 penduduk di Ozana Residen Bukit Katil di sini terpaksa ‘memperjudikan’ kesihatan mereka susulan pencemaran bau akibat sisa pelepasan gas amonia dan bunyi bising daripada kilang berhampiran yang menggugat kehidupan seharian penduduk setempat.
Manakan tidak, lokasi empat kilang yang memproses sarung tangan, logam,alat ganti kenderaan dan fiber yang didakwa itu, hanya terletak kurang 50 meter daripada 520 rumah di taman perumahan berkenaan.
Lebih mengecewakan, sejak taman perumahan itu mula didiami kira-kira tiga tahun lalu, pelbagai aduan sudah dikemukakan, namun suara mereka seperti tidak diambil endah.
Seorang penduduk, S.Devindran, 37, berkata, situasi itu menjejaskan kehidupan seharian mereka apabila tahap kesihatan sering terganggu susulan bau busuk yang menyebabkan mereka kerap menghidap migrain yang teruk.
Ujarnya, kanak-kanak juga tidak boleh bermain diluar rumah ekoran habuk yang terlalu tebal sehinggakan penduduk tidak boleh membuka pintu dan tingkap seperti masyarakat di kawasan perumahan lain.
Lebih teruk apabila, waktu tidur mereka juga terganggu susulan bunyi bising yang melampau daripada empat kilang yang menjalankan operasi 24 jam berkenaan.
"Sampai sekarang saya tidak beri dia (anak) keluar dari rumah kerana habuk dia kuat ... memang kuat sampai anak saya tak boleh keluar. Saya pun kalau berdiri luar lama sangat, saya sakit kepala gara-gara migrain," kata Devindran, ketika ditemui Astro AWANI, di sini, baru-baru ini.
"Mula-mula saya tak tahu, tapi kadang-kadang penduduk lain ada mengadu tentang bau terbakar. Selepas duduk di sini, baru saya tahu, kalau berdiri dekat guard house memang kuat, masa dia tak tentu, kalau hujan lagi kuat bau dia, tingkap pun tak boleh dibuka, rasa rugi membeli rumah mahal ini," katanya.
Kekesalan sama turut disuarakan Mohd Mustafa Raja Mohd, 45 yang turut kecewa apabila aduan yang disuarakan mereka sehingga ke hari ini tidak menemui jalan penyelesaian.
Malahan pihak kilang hanya mengambil inisiatif memasang zink kira-kira tujuh kaki, sedangkan sepatutnya mereka bertindak memasang tembok penghadang bunyi bagi mengawal situasi berkenaan daripada berterusan.
"Masa saya mula beli di taman ini, kita boleh rasa bau yang kuat sangat, bila tanya arkitek pun dia memberitahu, kena kurangkan activiti di luar, kerana pencemaran bunyi dan bau yang boleh membahayakan kesihatan," kata Mohd Mustafa.
Menurutnya lagi, disebabkan gegaran dari kilang berdekatan kuat, pintu di kediamannya turut bergoyang dan ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya.
Penduduk Arifin A.Ghani, 64, berkata dia mengharapkan perkara berkenaan mendapat perhatian pihak berwajib memandangkan sebelum ini Jabatan Alam Sekitar juga sudah mengesahkan berlaku pencemaran.
Namun, tiada tindakan diambil oleh pihak kilang mahupun pemaju yang menyebabkan penduduk etrpaksa menanggung derita sehingga ke hari ini.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Nov 12 2022
Penduduk Ariffin A.Ghani mengadukan masalah yang dialami sejak tiga tahun lalu kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (kanan). - Foto Astro AWANI/Shuhada A.Kadir
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
PRU15: 2,000 penduduk 'derita', dakwa pencemaran amonia, bunyi
Lebih 2,000 penduduk di Ozana Residen Bukit Katil di sini terpaksa memperjudikan kesihatan mereka susulan pencemaran bau akibat sisa pelepasan gas amonia dan bunyi bising daripada kilang berdekatan.