Orang ramai yang lalu lalang di Pusat Servis Proton Glenmarie Shah Alam tertanya-tanya apabila melihat kren memasang papan-papan warna yang menghiasi premis itu.

Bangunan itu akan berwajah baharu dengan warna biru muda sedangkan warna korporatnya yang asal ialah warna biru gelap.

Geely

Apakah warna baharu itu seiring dengan perubahan kerajaan yang menggunakan warna tema biru muda?

Mungkinkah warna biru muda itu adalah warna korporat syarikat Geely dari Cina yang punyai saham 49.99 peratus di dalam Proton?

Semakan di internet menunjukkan warna logo syarikat Geely punyai warna biru yang berlainan.

Foto Sinar Harian

Apabila ditanya kepada salah seorang petugas Proton, mengapa warna tema premis bertukar warna?

Jawabnya sambil tersenyum, "Warna biru muda yang dipilih tu mungkin secara kebetulan!"