Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan mengadakan pertemuan Rabu ini bersama kumpulan pelajar yang mengadakan protes berhubung pelantikannya selaku Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Maszlee berkata pertemuan itu akan berlangsung di Kementerian Pendidikan di sini pada pukul 6.30 petang.
Katanya, pertemuan itu diharap dapat membuka ruang kepadanya untuk mendengar sendiri suara kumpulan pelajar sekaligus membuktikan dasar terbuka yang dipraktikkannya dan kerajaan.
"Sekali lagi saya ingin mengulangi dasar terbuka saya dan juga kerajaan, dan pada masa yang sama berpegang teguh dengan pendekatan untuk memelihara kebebasan bersuara mahasiswa dan juga autonomi universiti," katanya.
Beliau berkata pegawainya telah berhubung dengan Asheeq Ali Sethi Alivi, iaitu wakil kumpulan pelajar terbabit yang kemudiannya bersetuju menetapkan tarikh dan masa pertemuan itu.
BACA: 'Kalau nak berkumpul, jangan la dalam bangunan'
BACA: Kaji semula pelantikan Maszlee
BACA: Pertimbang semula pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM
Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan sebuah portal berita pada Isnin bertajuk "Dasar pintu terbuka Maszlee Malik hanya sekadar 'retorik' - Aktivis Pelajar", yang antara lain memetik kenyataan Asheeq Ali bahawa dasar pintu terbuka yang sekian lama dilaungkan oleh menteri adalah tidak benar.
BACA: Pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM tidak sesuai
BACA: UIAM sambut baik pelantikan Maszlee Malik sebagai presiden
Sabtu lepas, Asheeq Ali, 23, bersama Siti Nurizzah Mohamad Tazali, 23, ditahan polis selepas enggan bersurai dari kawasan hadapan pintu masuk utama Parcel E, Putrajaya yang menempatkan beberapa kementerian termasuk Kementerian Pendidikan.
Asheeq Ali dan Nurizzah mengadakan tunjuk perasaan duduk bantah, bersama tidak lebih 10 pelajar dari beberapa universiti yang menggelar diri mereka Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai protes terhadap pelantikan Maszlee selaku Presiden UIAM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 10 2018
Sekumpulan aktivis pelajar mengadakan 'duduk bantah' di bangunan Kementerian Pendidikan di Putrajaya bagi mendesak Maszlee melepaskan jawatan Presiden UIAM. - Foto Facebook Asheeq Ali
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Protes lantikan Presiden UIAM: Maszlee jumpa pelajar Rabu ini
Maszlee berkata pertemuan itu akan berlangsung di Kementerian Pendidikan di sini pada pukul 6.30 petang.