RAMALLAH (Palestin): Kementerian Luar Palestin pada Jumaat memaklumkan bahawa sistem antarabangsa "berhutang budi dengan Afrika Selatan" kerana mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tuduhan genosid terhadap rakyat Palestin.
Pihaknya membuat kenyataan itu selepas pendengaran awam yang berlangsung selama dua hari di ICJ selesai, lapor Agensi Anadolu.
"Kes Afrika Selatan mempamerkan bukti kukuh bahawa Israel sengaja melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid," lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik kementerian berkenaan.
Afrika Selatan mengambil "langkah berani" memikul tanggungjawab dan komitmennya sebagai negara pihak kepada Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
"Rakyat Palestin terus berhutang budi dengan kerajaan Afrika Selatan dan rakyatnya yang berani menentang ketidakadilan ke atas rakyat Palestin," menurut kenyataan itu.
Afrika Selatan memfailkan kes itu pada Disember, menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan meminta ICJ mengeluarkan langkah sementara untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk menyeru Israel segera menghentikan serangan.
Israel telah membunuh lebih daripada 23,700 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Okt. Kempen ketenteraan itu juga menyebabkan pemindahan besar-besaran, kemusnahan dan kelaparan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Israel telah membunuh lebih daripada 23,700 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Okt. - Gambar/ AP
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.
Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.
Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia
Bekas aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia pada Jumaat.
PM bincang isu BRICS, Palestin dengan bekas Menteri Perhubungan Antarabangsa Afrika Selatan
Perkara itu antara yang disentuh ketika menerima kunjungan hormat Dr Naledi Mandisa Pandor di pejabat beliau semalam.
Penyertaan Malaysia akan jadikan BRICS lebih inklusif - Wakil Afrika Selatan
Peranan Malaysia dalam BRICS akan diperkukuh lagi menerusi kepengerusian ASEAN pada 2025 selain pengaruh besar negara dalam NAM dan OIC.
Gempa bumi kuat landa selatan Afrika
Gempa dengan kedalaman 14 km itu berlaku di 2,143 km selatan dari Port Elizabeth, Afrika Selatan.
Polis Afrika Selatan temukan mayat bekas juara dunia lompat tinggi dengan kesan tembakan
Kes orang hilang dilaporkan oleh adik Freitag pada 24 Jun selepas "dia menyedari abangnya hilang ketika melawat rumahnya di Witbank pada 16 Jun 2024".
10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional
Kesepuluh-sepuluh parti ini bersama-sama memperoleh 70 peratus undi dalam pilihan raya 2024.
Cyril Ramaphosa angkat sumpah Presiden Afrika Selatan bagi penggal kedua
Upacara mengangkat sumpah dijalankan dalam satu majlis berwarna-warni yang dihadiri beberapa ketua negara dan kerajaan di ibu negara Pretoria.
Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan
Ahli Parlimen Afrika Selatan pada Jumaat malam memilih semula Cyril Ramaphosa sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua semasa sidang pertama badan perundangan, lapor Agensi Anadolu.