PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memulakan proses menentu dan melantik syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih (MNO) yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia bermula hari.


Ringkasan AI
  • Kementerian Komunikasi mengarahkan MCMC untuk melantik syarikat penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia.
  • Proses pelantikan akan bermula 1 Julai 2024 dan dilaksanakan secara telus mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Perjanjian Langganan Saham (SSA) dengan CelcomDigi, Maxis, U Mobile, dan YTL Communications adalah langkah penting untuk model dwirangkaian 5G.


Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata, ini termasuk mengeluarkan Pakej Maklumat Pemohon (AIP) pada 1 Julai 2024.

Beliau berkata proses ini akan dilaksanakan secara telus berdasarkan kuasa dan peruntukan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kementerian Komunikasi menyambut baik pengumuman daripada pihak Digital Nasional Bhd (DNB) berkenaan penyempurnaan syarat-syarat duluan bagi Perjanjian Langganan Saham (SSA) bersama CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications untuk memegang saham dalam DNB.

"Ini merupakan antara langkah utama ke arah peralihan kepada model dwirangkaian 5G di Malaysia," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA