Proses pemilihan UMNO Bahagian Jerlun berjalan lancar apabila seramai 846 perwakilan hadir membuat pemilihan di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra.
Calon naib presiden yang juga menteri besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun.
Bagi jawatan naib ketua UMNO bahagian dimenangi ahli parlimen Jerlun yang juga setiausaha UMNO negeri, Datuk Othman Aziz tanpa bertanding.
Bagaimanapun bagi jawatan timbalan ketua UMNO bahagian menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Datuk Abu Hassan Sharif dengan Othman Mat Din.
Mesyuarat bermula kira-kira jam 10.30 pagi di mana para perwakilan hadir sejak 8.30 pagi untuk proses pendaftaran.
Proses pemilihan bermula jam 11.30 pagi selepas mesyuarat ditangguhkan.
Ketika proses penggundian, setiap perwakilan diberi dua set kertas undi untuk memilih pemimpin mereka di peringkat bahagian dan majlis tertinggi.
Ini merupakan kali pertama ahli akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan UMNO ekoran pindaan perlembagaan parti pada 2009 ke arah menjadikan parti lebih telus, demokratik dan membasmi politik wang.
Astro Awani
Sat Oct 19 2013
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Proses pemilihan UMNO Bahagian Jerlun lancar
Proses pemilihan UMNO Bahagian Jerlun berjalan lancar apabila seramai 846 perwakilan hadir membuat pemilihan