Kerajaan sedang dalam rundingan dengan pihak berkaitan bagi membawa pulang pesawat peribadi Jho Low di Singapura yang dipercayai dibeli dengan wang dicuri dari negara ini.
"Ya... memang ada rundingan mengenainya. Saya tidak kata dengan kerajaan Singapura tetapi dengan pihak-pihak yang terlibat," kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
"Ada pihak yang diamanahkan untuk membuat rundingan tersebut. Tetapi adalah lebih baik untuk saya tidak menghebahkan perkara ini kerana mungkin boleh menjejaskan proses rundingan tersebut," katanya pada sidang media selepas menemui kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Menara DBP di sini, hari ini.
Menurut laporan media, jet peribadi Bombardier Global 500 itu dianggarkan bernilai AS$35 juta (RM143 juta) didakwa dibeli oleh Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho dengan menggunakan wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dirampas pihak berkuasa Singapura pada 2017.
Sementara itu, Saifuddin berkata Kementerian Luar akan memainkan peranan dalam mempromosi bahasa kebangsaan di pentas antarabangsa menerusi kedutaan Malaysia di seluruh negara.
"Kita akan mempopularkan bahasa dan istilah Bahasa Melayu menerusi ucapan-ucapan duta Malaysia yang dilantik agar ia mudah dikenali oleh masyarakat luar.
"Kementerian juga bercadang menukar cenderamata yang diberikan semasa sesi lawatan ke negara lain kepada buku-buku terbitan DBP," kata Saifuddin. -- Bernama
Bernama
Tue Sep 18 2018
Menurut laporan media, Jhow Low (gambar) membeli sebuah jet peribadi Bombardier Global 500, bernilai kira-kira AS$35 juta (RM143 juta), dengan dana yang dicuri dari 1MDB. - Gambar fail
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AS akan kembalikan aset AS$100 juta yang dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
Karya seni, apartmen mewah di Paris dan hartanah serta wang tunai di Hong Kong, Switzerland dan Singapura akan dipulangkan kepada Malaysia.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.