Kumpulan Syarikat PROLINTAS melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan Pelan Anti Rasuah dan Intergriti Organisasi (OACIP) dan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah pada Isnin.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, pelancaran pelan itu membuktikan PROLINTAS mengambil langkah proaktif dalam persediaan menghadapi penguatkuasaan Liabiliti Korporat Seksyen 17A pada Jun tahun hadapan.
"PROLINTAS telah menganjurkan Hari Integriti secara tahunan dan tahun ini dengan tema Gong Integriti Perangi Rasuah, Tempur Rasuah melibatkan lebih 250 peserta.
"Agensi terlibat ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta rakan niaga dan kakitangan PROLINTAS.
"Syarikat ini juga mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jabatan Integriti dua tahun lalu dalam usaha memperkukuhkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi dalam organisasi," katanya ketika berucap sempena Hari Integriti 2019 dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah dan Intergriti Organisasi (OACIP) dan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah.
Menurutnya, PROLINTAS berada di landasan yang betul untuk mempunyai rangka kerja, polisi dan persijilan lengkap melalui kewujudan Pelan Anti Rasuah dan Integriti (OACIP), Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Anti Bribery Management System (ABMS) sebelum 1 Jun 2020.
"Ini juga selaras dengan matlamat kami untuk memenuhi tarikh akhir pelaksanaan di bawah Seksyen 17A, Akta SPRM 2009," katanya.
Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya; Pengarah Jabatan Pematuhan Integriti dan Standard Polis Diraja Malaysia, Datuk Zamri Yahya dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM), Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan.
Sinar Harian
Tue Dec 03 2019
Latheefa Koya (dua dari kiri) bersama Azlan Abdullah (dua dari kanan) ketika melancarkan buku 'Organizational Anti-Corruption Integrity Plan & Corruption Risk Management' (CRM 2.0) di Kuala Lumpur pada Isnin. -
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
PROLINTAS lancar Pelan Anti Rasuah
PROLINTAS melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan Pelan Anti Rasuah dan Intergriti Organisasi (OACIP) dan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah pada Isnin.