PEKAN: Projek tebatan dan baik pulih hakisan Pantai Nenasi dekat sini membabitkan kos hampir RM58.5 juta sudah mula dilaksanakan sejak 28 Mac lalu.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, projek terbabit bermula dari Kampung Tanjung Batu merangkumi 17 kilometer di kawasan berpasir iaitu muara Sungai Tering sehingga ke muara Sungai Bebar di Nenasi.
Menurutnya, kawasan tersebut terdedah kepada ombak besar terutamanya musim Monsun Timur Laut dan sebahagian besar pantai di sini sudah terhakis.
"Jadi, projek ini dijangka mampu menyelesaikan masalah hakisan dan ia dijangka siap dalam masa tiga tahun lagi selepas pelaksanaannya pada Mac lalu.
"Projek ini sebenarnya telah pun diluluskan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2017 namun ia terhenti selepas pertukaran kerajaan 2018. Saya selaku ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Bebar telah memohon peruntukan untuk melaksanakan projek ini dan beliau telah meluluskannya," katanya pada Khamis.
Beliau memaklumkan projek ini akan memberi manfaat kepada pihak berkepentingan terutama penduduk kampung, nelayan, pelancong, daerah Pekan dan juga kerajaan Pahang setelah siap sepenuhnya.
Tambahnya, antara skop kerja-kerja yang akan dilaksanakan adalah penyuburan pantai, pembinaan 'traning walls', bina benteng pemecah ombak, struktur perlindungan tebing sungai, pengerukan penyelenggaraan, pemasangan lampu suar (Beacon Light) dan sebagainya.
Sehubungan itu, Mohammad Fakhruddin berterima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa berusaha dan berperanan bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan semula. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 27 2023

Projek terbabit bermula dari Kampung Tanjung Batu merangkumi 17 kilometer di kawasan berpasir iaitu muara Sungai Tering sehingga ke muara Sungai Bebar di Nenasi. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Projek tebatan hakisan Pantai Nenasi bernilai RM58.5 juta sudah dilaksanakan
Projek tebatan dan baik pulih hakisan Pantai Nenasi dekat sini membabitkan kos hampir RM58.5 juta sudah mula dilaksanakan sejak 28 Mac lalu.