LAWAS: Pembinaan pakej pertama projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) adalah manifestasi usaha kerajaan Persekutuan dalam memastikan kawasan di Sarawak dan Sabah sama-sama membangun sebagai sebuah Keluarga Malaysia.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semua projek dirancang dan yang telah dilaksanakan adalah bukti kerjasama erat kerajaan Pesekutuan dan kerajaan Sarawak yang diterajui Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata Sarawak adalah antara enam negeri selain Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang diberikan keutamaan dan tumpuan khusus bagi merapatkan jurang pembangunan, selaras dengan usaha kerajaan merealisasikan matlamat Keluarga Malaysia yang menekankan nilai-nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
"Projek infra seperti SSLR adalah antara usaha kerajaaan ke arah merapatkan jurang pembangunan dan memastikan tiada Keluarga Malaysia yang terpinggir," katanya dalam ucapan pada Majlis Pecah Tanah Projek SSLR di Batu 2, Simpang Gelugus di sini, hari ini.
Majlis pecah tahan projek itu disempurnakan Abang Johari, dan ia turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Fasa pertama SSLR yang meliputi jalan raya tunggal dua lorong sejauh 77 kilometer itu menghubungkan Lawas ke Persimpangan Long Lopeng melibatkan kos berjumlah RM1.13 bilion dengan tempoh pembinaan selama 53 bulan dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 8 Jan 2026.
Fadillah berkata di bawah tema kedua Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti, telah menetapkan antara pemacu perubahan ialah memfokuskan kepada inisiatif menggandakan pertumbuhan negeri, termasuk Sarawak.
"Kerajaan akan terus memberi penekanan dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara negeri dengan mernambah baik infrastuktur dan ketersambungan kawasan kurang membangun agar lebih simbang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semua projek dirancang dan yang telah dilaksanakan adalah bukti kerjasama erat kerajaan Pesekutuan dan kerajaan Sarawak. - Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Projek SSLR fasa dua dan tiga dalam proses penilaian - Fadillah
Pembinaan Projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa Dua dan Tiga yang menghubungkan Sabah dan Sarawak tanpa perlu melalui Brunei kini dalam proses pengurusan dan penilaian harga.

Projek SSLR bukti pembangunan Sarawak tidak terpinggir - Fadillah
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semua projek dirancang dan yang telah dilaksanakan adalah bukti kerjasama erat kerajaan Pesekutuan dan kerajaan Sarawak.