PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi akan mengumumkan projek pertanian dan pemakanan melibatkan 1,000 ekar tanah pertama di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) pada bulan depan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan dilaksanakan di seluruh negara.
Menurutnya, fasa pertama itu telah mengenal pasti rakan strategik dari kalangan agensi pertanian kerajaan dan agensi kerajaan negeri yang akan mengusahakannya.
Tambah beliau, berdasarkan nisbah suku atau setengah ekar untuk seorang penerima, inisiatif itu dijangka memanfaatkan kira-kira 4,000 penerima.
"Selepas kenal pasti, kita kerjasama pula dengan agensi pelaksana untuk fasa 1,000 ekar pertama ini. Untuk yang pertama ini, kita fokus kepada agensi awam terlebih dahulu.
"Usaha kita bukan macam dulu, minta orang ramai cucuk tanam atan beri bantuan awal sahaja tapi ia melibatkan pembinaan keseluruhan infrastruktur pertanian, cari dana, bersih tanah, bina infrastruktur.
"Agensi pelaksana akan melatih, menguruskan rakyat dari kalangan B40 dan miskin tegar yang menyertai program ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) Mei 2023 di bangunan Kementerian Ekonomi di Putrajaya pada Rabu.
Tambah beliau, Kementerian Ekonomi juga akan membuka permohonan dari syarikat-syarikat pertanian swasta untuk menjadi rakan strategik di bawah INTAN bagi inisiatif yang seterusnya.
"Maklumat lanjut mengenai usaha ini akan diumumkan dalam bulan Julai 2023.
"Usaha berterusan untuk menggandakan kapasiti industri pertanian dan pemakanan yang melibatkan sektor awam, swasta dan orang ramai dari kalangan B40 dan miskin tegar ini dijangka memastikan bekalan
makanan yang mampan di masa akan datang," ujarnya.
Katanya lagi, peserta inisiatif itu akan menanam tanaman kontan yang mendapat permintaan tinggi seperti cili memandangkan kadar tuaiannya tidak mengambil masa terlalu lama.
Ridauddin Daud
Wed Jun 28 2023
![Projek pertanian, pemakanan libatkan 1,000 ekar tanah akan diumum Julai - Rafizi Projek pertanian, pemakanan libatkan 1,000 ekar tanah akan diumum Julai - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687934129_RafiziRamli.jpg)
Rafizi berucap pada Sidang Media Mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) Mei 2023 di bangunan Kementerian Ekonomi di Putrajaya pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![SC digesa perluaskan platform GROWMatch ke semua sektor - Gobind SC digesa perluaskan platform GROWMatch ke semua sektor - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722234541_tbGobindSinghDeo.jpg)
SC digesa perluaskan platform GROWMatch ke semua sektor - Gobind
Kementerian Digital menggesa SC untuk memperluaskan platform padanan GROWMatch kepada semua industri bagi menangani jurang pembiayaan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
![SC, Kementerian Pertanian tubuh Jawatankuasa Pemandu bantu usahawan tani SC, Kementerian Pertanian tubuh Jawatankuasa Pemandu bantu usahawan tani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679903369_AwangAdek.jpg)
SC, Kementerian Pertanian tubuh Jawatankuasa Pemandu bantu usahawan tani
Jawatankuasa pemandu itu adalah inisiatif kerjasama yang melibatkan KPKM, Agrobank, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan SC.
![Projek pertanian, pemakanan libatkan 1,000 ekar tanah akan diumum Julai - Rafizi Projek pertanian, pemakanan libatkan 1,000 ekar tanah akan diumum Julai - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687934129_RafiziRamli.jpg)
Projek pertanian, pemakanan libatkan 1,000 ekar tanah akan diumum Julai - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan mengumumkan projek pertanian dan pemakanan melibatkan 1,000 ekar tanah pertama di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) pada bulan depan.
![Pertanian pintar berpotensi untuk maju pada masa depan Pertanian pintar berpotensi untuk maju pada masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663414683_navanithpillay.jpg)
Pertanian pintar berpotensi untuk maju pada masa depan
Pertanian pintar yang menggabungkan gajet berteknologi tinggi dan kecerdasan buatan (AI) untuk tanaman semakin mendapat tempat dalam kalangan petani muda di seluruh dunia.
![PRN Sarawak: Ayong Andam nekad jadikan Song sebagai hab pengeluaran kopi terbesar di Sarawak PRN Sarawak: Ayong Andam nekad jadikan Song sebagai hab pengeluaran kopi terbesar di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639645285_TBKOPISONG.jpg)
PRN Sarawak: Ayong Andam nekad jadikan Song sebagai hab pengeluaran kopi terbesar di Sarawak
Ayong Andam, yang merupakan bekas guru tidak menoleh ke belakang dalam usahanya menjadikan pekan itu sebagai hab pengeluar kopi terbesar di negeri itu.